fbpx
Now Reading
KPN Sahkan JIPS Siasat Anggota Polis Buat Isyarat Lucah, Minta Mangsa Tampil

KPN Sahkan JIPS Siasat Anggota Polis Buat Isyarat Lucah, Minta Mangsa Tampil

Menurut Gegar mangsa telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi dan selesai memberikan keterangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial apabila terdapat seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya.

Insiden itu difahamkan berlaku pada 13 Disember (Jumaat) sewaktu wanita berkenaan sedang mengambil gambar protes yang berlangsung dipercayai di Kuala Lumpur.

Dalam gambar yang dikongsikan oleh wanita tersebut di Instagram, kelihatan anggota berkenaan beberapa kali melakukan isyarat tidak senonoh agar dapat dilihat oleh wanita berkenaan.

Susulan itu, Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti anggota tersebut yang juga bertugas di kawasan ibu negara.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis KL Siasat Dakwaan Anggota PDRM Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Wanita

KPN minta mangsa tampil, JIPS mulakan siasatan

Terbaharu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga menjalankan siasatan ke atas anggota polis tersebut.

Jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin mangsa turut diminta untuk tampil serta membuat laporan polis agar memudahkan siasatan lanjut dilakukan.

“Namun, mangsa (wanita) diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut.

“Selain itu, jika ada mangsa lain yang mengalami insiden sama dengan pegawai terbabit turut diminta tampil dan membuat laporan polis,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Beliau dalam masa sama memberi jaminan terhadap masyarakat siasatan berhubung insiden itu akan dilakukan dengan teliti serta telus.

Gegar, Haram & Parti Sosialis Malaysia sokong mangsa ketika buat laporan polis

Sementara itu, Gerakan belia anti-imperialis dan anti-Zionis, Gegar Amerika (GEGAR), memaklumkan pihaknya bersama Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) dan Parti Sosialis Malaysia berada di luar Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menyokong wanita berkenaan yang dikenali sebagai Intan.

“Intan telah membuat laporan polis di IPD Wangi. Walau bagaimanapun, mereka telah ditanya untuk berjumpa pengawai penyiasat di IPD Wangsa Maju,” katanya.

Menurut GEGAR lagi mereka akan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) sebaik pihak polis selesai mengambil keterangan dari Intan.

“Ianya sudah selesai (buat laporan dan beri kenyataan). Terima kasih kepada semua yang datang memberikan solidariti.

“Kami mengecam ugutan dan gangguan yang memalukan terhadap aktivis pro-Palestin dan anti-imperialis. Kami terus menuntut keadilan untuk semua yang terselamat daripada penindasan negara dan keganasan berasaskan jantina.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.