fbpx
Now Reading
Tengku Zafrul Akui Berbincang Dengan PKR, Namun Tiada Perbincangan Jawatan

Tengku Zafrul Akui Berbincang Dengan PKR, Namun Tiada Perbincangan Jawatan

Menurut Ahli MKT UMNO itu, perbincangan berkenaan tidak membabitkan jawatan di peringkat negeri mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Desas-desus mengenai penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dalam PKR semakin hangat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal mengenai perkara itu.

Anwar berkata, prinsip parti adalah terbuka kepada mana-mana pemimpin yang mampu memberi sumbangan kepada parti tetapi ia perlu dilakukan dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti lain termasuk UMNO tidak terjejas.

Ketika ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu masih lagi memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Teringgi (MKT) UMNO.

Akui sertai perbincangan dengan PKR, tapi belum buat keputusan

Terbaharu, Tengku Zafrul menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, beliau mengakui ada menyertai perbincangan awal dengan PKR, namun belum membuat keputusan berhubung penyertaannya dalam parti itu.

Malah menurutnya, perbincangan berkenaan tidak membabitkan jawatan di peringkat negeri mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Sebenarnya, saya tiada membuat keputusan mengenai keahlian mana-mana parti walaupun seperti yang disebut Perdana Menteri pernah ada perbincangan mengenai perkara ini dengan pihak berkaitan.

“Saya amat terkejut dengan kenyataan kepimpinan mengenai perkara ini. Malah sejak isu ini mula diketengahkan, saya tidak menerima sebarang panggilan daripada pucuk pimpinan UMNO bertanyakan isu sebenar.

“Saya berpegang kepada prinsip apabila saya membuat sesuatu keputusan sudah tentu saya akan membuatnya dengan penuh adab dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti saya,” katanya.

Tinggalkan dunia korporat untuk jadi anggota pentadbiran kerajaan

Menurutnya lagi, beliau sudah meninggalkan dunia korporat untuk menjadi anggota pentadbiran kerajaan dan yakin ia landasan kerjaya yang mampu menyediakan ruang serta peluang untuk berkhidmat kepada rakyat.

Ujarnya, wadah perjuangan politiknya tertumpu kepada keperluan melaksanakan tugas dengan baik bagi manfaat rakyat.

“Saya percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat. Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda cah keting dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara.

“Ramai maklum isu ini sudah saya ketengahkan sebelum ini dalam konteks UMNO Selangor tetapi malangnya perkara ini masih membelenggu UMNO Selangor,” katanya lagi.

Tengku Zafrul akan terus laksana dasar terbaik untuk rakyat di bawa Kerajaan Perpaduan

Berkongsi lanjut, Tengku Zafrul berkata beliau akan terus melaksanakan dasar terbaik untuk rakyat di bawah Kerajaan Perpaduan yang mempunyai semangat kerjasama yang tinggi.

Jelasnya, kerajaan ketika ini dapat menerima perbezaan pandangan dalam kalangan parti komponen tanpa menggugat objektif utama mengemudi negara ke arah kesejahteraan rakyat.

Sebagai info, Tengku Zafrul bakal tamat tempoh penggalnya sebagai senator pada 2025, ini bermakna beliau tidak akan dapat memegang jawatan sebagai menteri bagi baki dua tahun sebelum parlimen dibubarkan.

Beliau sebelum ini pertanding di kawasan Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, namun tewas di tangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.