Tular Anggota PDRM Tunjuk Isyarat Lucah, Polis KL Jalankan Siasatan Dalaman
Menurut seorang wanita, aksi menunjukkan isyarat lucah itu dilakukan anggota polis ketika dia sedang mengambil gambar sewaktu protes genosid dan solidariti bersama rakyat Palestin, Lubnan dan Yaman dijalankan 13 Disember lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes gangguan seksual dilihat semakin menjadi-jadi dalam golongan masyarakat. Sebenarnya perbuatan ini boleh datang dalam pelbagai cara sebagai contoh meraba, menggunakan bahasa lucah, mengintai, menggunakan bahasa isyarat dan sebagainya.
Kadangkala, ia juga boleh terjadi ketika waktu yang tidak diduga. Sebelum ini, seorang lelaki ditangkap selepas membuat onar dalam tandas awam wanita.
Menurut seorang individu dikenali sebagai Evelyn, si pelaku telah memasuki tandas berkenaan lalu mengendap seorang wanita daripada bahagian bawah pembahagi (partition) ruangan tandas. Lelaki itu juga didakwa mengambil gambar wanita tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Intai Wanita Dalam Tandas, Didakwa Flush Telefon Selepas Kantoi
Polis KL Jalankan Siasatan Terhadap Anggota Yang Buat Isyarat Lucah
Semalam (15 Disember), Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita.
Difahamkan kejadian berlaku 13 Disember lalu sekitar ibu negara dalam sebuah protes di ibu negara.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa, pihaknya sudah mengenal pasti anggota terbabit yang kini bertugas di dalam kawasan ibu negara.
“Siasatan telah dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu,” kata Rusdi.
Untuk info, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut sebarang perkataan, membuat bunyi, isyarat atau menunjukkan apa-apa perkara dengan maksud bunyi dan perkataan itu boleh didengar atau dilihat selain mengganggu kesantunan individu adalah satu kesalahan.
Pelaku boleh dipenjara selama lima tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Wanita Dakwa Anggota Polis Buat Isyarat Lucah Berulang Kali
Terdahulu, tular perkongsian di laman Instagram menyaksikan seorang anggota polis membuat isyarat lucah kepada seorang wanita ketika menyertai satu protes di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin, Lubnan dan Yaman.
Jelas wanita tersebut, perbuatan itu dilakukan ketika dia sedang mengambil gambar semasa protes berlangsung.
Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat.
“Sementara rakyat protes terhadap genosid, polis tu anggap gangguan seksual jenis sebegini terhadap penunjuk perasaan boleh diterima,” ujar wanita terbabit dalam Instagram Story.
Pihak Gerakan Protes Seru Orang Ramai Turun Solidariti Untuk Menentang Gangguan Seksual
Gerakan belia anti-imperialis dan anti-Zionis, Gegar Amerika dalam satu hantaran di laman X (Twitter) menyeru warga Malaysia untuk turun bersolidariti dalam menentang gangguan seksual didakwa dilakukan oleh pihak polis.
Pihak Gegar Amerika berkata mereka akan membuat aduan polis hari ini (16 Disember) jam 10.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
“Ketika mengambil gambar protes, komrad kami mengalami gangguan seksual oleh anggota polis. Pihak polis harus bertanggungjawab atas keganasan berdasarkan gender dan pembulian terhadap para peserta protes.
“Kami juga menjemput orang awam dan pihak media untuk turun solidariti bersama kami memberi kenyataan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada waktu tengahari.
“Gegar bersolidariti dengan komrad Intan dan semua mangsa penindasan oleh pihak berkuasa dan keganasan berasaskan gender,” kata Gegar Amerika.
TURUN SOLIDARITI.
— #GEGAR · 搖撼美帝 · ݢݢر اميريکا (@G3G4R_official) December 15, 2024
Gegar menyeru warga Malaysia untuk turun bersolidariti bersama komrad kami Intan dalam menentang gangguan seksual oleh polis Malaysia.
Intan akan membuat aduan polis pada waktu berikut:
Tarikh: 16 Disember 2024
Masa: 10:30 AM
Tempat: IPD Dang Wangi pic.twitter.com/NnCkZFySOO
Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Kongsi Pengalaman Individu Kena Gangguan Seksual, Seawal 4 & 5 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Detik Cemas Kena Gangguan Seksual Ketika Joging Bersendirian