Tular Hantaran Mengandungi Unsur Hina Agong, MCMC Jalankan Siasatan
Menurut Menteri Komunikasi, siasatan itu termasuklah kes yang melibatkan seorang individu memfitnah Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri yang telahpun meminta maaf.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada Isnin (9 Disember) lalu, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati santapan tengahari di sebuah restoran asam pedas yang terkenal di Johor Bahru.
Malah, sesi santapan itu turut dihadiri oleh Pemangku Sultan Johor iaitu Tunku Mahkota Ismail.
Sesi tersebut nyata menarik perhatian sehinggakan restoran berkenaan tidak putus-putus dikunjungi orang ramai selepas kunjungan YDPA dan PM.
Namun, ada pula segelintir pihak yang mempersoalkan sesi santapan tersebut dan mendakwa baginda serta PMX menikmati makan tengahari di restoran yang didakwa tidak mempunyai sijil halal.
Menerusi video yang tular itu juga, pengguna berkenaan meminta agar YDPA dan Anwar untuk cakna berhubung status halal restoran terbabit.
Walau bagaimanapun, individu tersebut telah pun membuat permohonan maaf atas kesilapannya itu dan memadam video berkenaan.
KAU PON NAK TUNGGANG AGAMA ATAU PERKATAAN HALAL KE DIK?
— CIKY@Nie (@lady_bugg11) December 15, 2024
frasa 大吉大利 membawa maksud “Semoga perniagaan anda berjaya” atau “Semoga anda makmur,” satu ucapan yang biasa digunakan dalam budaya Cina, terutamanya semasa perayaan Tahun Baru Cina.
Kau dah melampau dik bila,
1.… pic.twitter.com/UP20PvtIqv
MCMC Sedang Siasat Kandungan Media Sosial Hina YDPA
Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menyiasat sejumlah kandungan yang didakwa menghina YDPA.
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, siasatan itu termasuklah kes yang melibatkan seorang individu memfitnah Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri yang telahpun meminta maaf.
“Saya ambil maklum individu itu secara khusus sudah memohon maaf dan saya harap ia menjadi pengajaran kepadanya untuk tidak menohmah serta memfitnah tanpa asas kerana Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri ialah dua institusi penting dalam negara.
“Jika pihak berkuasa ingin mengambil tindakan, saya serahkan kepada mereka tapi kita akan terus pantau. Jika ada aduan daripada orang ramai, MCMC akan bertindak,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Ingatkan Pengguna Berhati-Hati Muat Naik Kandungan
Pada masa yang sama, Fahmi turut mengingatkan pengguna media sosial agar sentiasa berhati-hati dalam memuat naik kandungan atau komen.
“Berpada-padalah, bersederhana dalam kita memberi komen kerana yang merisaukan jika komen ini melanggar undang-undang.
“Kita tidak mahu ada satu keadaan yang mana apa yang disampaikan itu tidak berasaskan fakta. Itu akan mendatangkan satu kemudaratan,” jelasnya.
Pengguna Minta Maaf Atas Kekhilafan
Semalam (15 Disember) individu terbabit telahpun memuat naik hantaran di TikTok @ryanwaong_5845 berhubung kesilapannya mendakwa restoran asam pedas yang dikunjungi YDPA dan Anwar tidak mempunyai sijil halal.
“Minta maaf atas kekhilafan saya yang tidak mengkaji lebih dalam pasal isu ini. Jadi, oleh sebab itu, video yang kini mempunyai dua juta orag menonton telah dipadamkan,” tulisnya di video berkenaan.
Malah, dia juga turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat hantaran berhubung sesuatu perkara.
“Aku minta maaf sekali lagi. Lepas ni aku akan lebih berhati-hati dan tidak sebarkan fitnah. Saya minta maaf. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada saya,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Cekup 2 Lelaki Di Kelantan Kerana Hina Agong & Ugut Bunuh PM Anwar
Baca Artikel Berkaitan: Padah Ugut Bunuh Agong & Hina Institusi Diraja, Lelaki Direman 3 Hari