fbpx
Now Reading
Menteri Besar Selangor Mesti Dalam Kalangan ADUN – Pakar Undang-undang

Menteri Besar Selangor Mesti Dalam Kalangan ADUN – Pakar Undang-undang

Prof Dr Nik Ahmad Kamal berkata, Tengku Zafrul yang kini berstatus Senator perlu menjadi ADUN terlebih dahulu sekiranya mahu menjadi MB Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seseorang yang ingin dilantik menjadi Menteri Besar Selangor mestilah daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan.

Pakar undang-undang, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, berdasarkan Perkara LIII(2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, seorang Menteri Besar mesti daripada kalangan ADUN yang pada pendapat Sultan Selangor mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.

ADUN yang dapat kepercayaan majoriti Kabinet akan jadi MB Selangor

“Justeru, syaratnya mesti ADUN dan baginda percaya mungkin orang yang dilantik itu akan mendapat kepercayaan majoriti ADUN.

“Selain itu, mengikut LI(2), Menteri Besar mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini (17 Disember).

Nik Ahmad Kamal berkata demikian semasa mengulas mengenai desas-desus pelantikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari.

Tengku Zafrul perlu jadi ADUN terlebih dahulu

Menurutnya, berdasarkan undang-undang negeri itu, Tengku Zafrul yang kini berstatus Senator perlu menjadi ADUN terlebih dahulu dan Sultan Selangor percaya yang beliau akan mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi Menteri Besar.

“Ini bermakna, beliau perlu bertanding di kerusi DUN dan dipilih dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Terdahulu, wujud dakwaan bahawa Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menyertai PKR dan akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, manakala Amirudin akan dilantik menjadi anggota Kabinet.

PM Anwar sahkan wujud perbincangan awal

Malah, khabar angin mengenai penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR semakin hangat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal mengenai perkara itu.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, prinsip parti adalah terbuka kepada mana-mana pemimpin yang mampu memberi sumbangan kepada parti tetapi ia perlu dilakukan dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti lain termasuk UMNO tidak terjejas.

Namun, Tengku Zafrul menegaskan beliau belum membuat keputusan berhubung penyertaannya dalam parti itu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.