Polis Buru Lelaki Cuba Rakam Bawah Kain Wanita Di Pasar Raya Kuala Langat
Seorang pemuda didakwa melakukan gangguan seksual di sebuah pasar raya sekitar Jenjarom, Kuala Langat, Selangor dengan cuba merakam bawah kain wanita.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak kiralah di kawasan terbuka atau tertutup, pasti ada sahaja individu yang cuba untuk melakukan perbuatan tidak sepatutnya terhadap golongan wanita.
Boleh dikatakan gangguan seksual ini boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di dalam pengangkutan awam, hentian bas, malah pejabat untuk bekerja juga menjadi sasaran.
Malah, di pasar raya juga turut menjadi lokasi mereka untuk mencari ‘mangsa’ seperti mana yang terjadi baru-baru ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Hati-hati Orang Shah Alam” – 2 Lelaki Didakwa Ganggu Wanita Di Parkir Mall, Siap Cucuk Skru Pada Kereta
Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Trauma” – Wanita Diekori Lelaki Menyamar Pakai Purdah Dari Tandas Hingga Ke Surau
Lelaki Didakwa Cuba Rakam Bawah Kain Wanita Di Pasar Raya
Terbaharu, tular sebuah video dimuat naik di laman X (@MYNEWSHUB) yang memperlihatkan aksi seorang pemuda didakwa melakukan gangguan seksual di sebuah pasar raya sekitar Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.
Menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, lelaki berkenaan dipercayai cuba untuk merakam video di bawah kain wanita yang sedang berdiri sambil memegang troli.
Semasa melakukan perbuatan tersebut, individu berkenaan dipercayai berpura-pura mahu mengambil barangan di kawasan berhampiran sebelum aksinya disedari oleh mangsa mula bergerak sedikit menjauhi lelaki itu.
Susulan kes terbabit, mangsa yang merupakan wanita tempatan membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku pada 9 Disember lalu.
Gersang Lain Macam….
— MYNEWSHUB (@mynewshub) December 17, 2024
Polis kini sedang memburu seorang lelaki berkaitan kes rakam dan gangguan seksual di sebuah pasar raya di Jenjarom di Kuala Langat, baru-baru ini.
Polis menerima laporan kejadian pada 9 Disember lalu dari wanita tempatan yang menjadi mangsa dalam video… pic.twitter.com/pCYwtW4Mag
Pihak Polis Sedang Buru Individu Didakwa Rakam Bawah Kain Wanita
Memetik laporan Sinar Harian, pihak polis kini sedang memburu lelaki terbabit yang dikaitkan dengan kes rakaman gangguan seksual di sebuah pasar raya.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihak mereka telah menerima laporan kes sekitar jam 10.36 pagi pada 9 Disember lalu oleh mangsa.
Mangsa mendapati suspek telah mengangkat kainnya dan cuba untuk merakam dari bawah selepas membuat pemeriksaan rakaman dari CCTV.
Susulan itu, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Mohd Akmalrizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.
Satu Dari Rakyat Malaysia Pernah Menjadi Saksi Gangguan Seksual Terhadap Wanita
IPSOS Malaysia mendedahkan satu kajian yang dijalankan dari 22 Disember 2022 sehingga 6 Januari 2023 berkaitan gangguan seksual terhadap golongan wanita di Malaysia mendapati seorang daripada rakyat Malaysia pernah menjadi saksi kepada kes gangguan seksual melibatkan kaum wanita.
Selain itu, seorang daripada dua rakyat Malaysia juga pernah melihat isu diskriminasi terhadap jantina.
Kaji selidik itu melibatkan 22,508 responden secara atas talian dalam lingkungan umur 16 hingga 74 tahun di 32 buah negara termasuk Malaysia.
Tips Keselamatan Bagi Wanita Ketika Berseorangan
Bagi para wanita yang selalu berjalan berseorangan, di sini kami kongsikan beberapa tips bagi melindungi diri anda. Antaranya:
- Elakkan berjalan di kawasan sunyi dan gelap.
- Jangan menggunakan telefon bimbit semasa berjalan.
- Berjalan dalam langkah yang yakin.
- Pastikan tangan sentiasa bersedia untuk melawan sekiranya diserang.
- Tidak memakai beg sandang bertali panjang untuk mengelak kes ragut.
- Berjalan bertentangan trafik supaya tidak diserang daripada belakang.
Hati-hati semua!
Baca Artikel Berkaitan: 1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual