fbpx
Now Reading
Polis Sahkan Mayat Reput Milik Nurul Asikin, Suspek Mengaku Bunuh & Curi Wang Untuk Tengok Bola

Polis Sahkan Mayat Reput Milik Nurul Asikin, Suspek Mengaku Bunuh & Curi Wang Untuk Tengok Bola

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, suspek telah membuat pengakuan bahawa dia yang membunuh Nurul Asikin dan membawa polis ke lokasi penemuan mayat itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Awal bulan lalu, seorang wanita di Sarawak yang dikenali sebagai Nurul Asikin Lan dilaporkan hilang selepas dikatakan keluar dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya.

Pihak polis menerima laporan kehilangan mangsa yang berusia 26 tahun itu pada 5 Disember lalu sebelum seminggu kemudian menemui mayat seorang wanita dalam keadaan reput di Tabuan Jaya, Kuching.

Keadaan mayat yang sudah reput tersebut membuatkan keluarga Nurul Asikin tidak dapat membuat pengecaman.

Mayat reput sah Nurul Asikin berdasarkan keputusan ujian DNA

Terbaharu, pihak polis mengesahkan mayat reput yang ditemui di dalam longkang di kawasan terbabit adalah Nurul Asikin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) pada petang semalam (18 Disember).

“Identiti mayat yang dijumpai di Jalan Setia Raja telah dikenal pasti dan disahkan adalah mangsa Nurul Asikin,” katanya dipetik Berita Harian.

Lelaki mengaku bunuh Nurul Asikin, perlukan wang untuk tonton bola sepak di Kemboja

Sebelum ini, kehilangan Nurul Asikin telah membawa kepada penangkapan pihak polis ke atas seorang lelaki berusia 20-an dipercayai suspek kes terbabit.

Menurut Mancha, suspek telah membuat pengakuan bahawa dia yang membunuh Nurul Asikin dan membawa polis ke lokasi penemuan mayat itu serta menunjukkan tempat mangsa dibuang.

“Ketika dalam soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai kerana dia memerlukan wang untuk perbelanjaan di ketika menyaksikan kejohanan bola sepak di Kemboja,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan jenazah Nurul Asikin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pada hari ini (19 Disember).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.