fbpx

“Biy… Bertahanlah” – Terpalit Kes Miliki Ganja, Isteri Along Cham Janji Sentiasa Berada Di Sisi

Isteri Along Cham, Afreena Suhaimi turut mengakui dia berdepan masalah ‘anxiety’ (keresahan) mengenang nasib suami yang sedang ditahan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sabtu lalu (14 Disember), tular berita mengenai penahanan pelakon dan pelawak lelaki, Along Cham selepas dia didakwa memiliki dadah di rumahnya di Cyberjaya.

Artis terbabit ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Dalam serbuan berkenaan, polis menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja selain Along juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydricannabinol (THC).

Along Cham mengaku tidak bersalah miliki dadah jenis kanabis

Hari ini (20 Disember), Along Cham atau nama sebenarnya Nizamudin Ahmad berusia 41 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis.

Pelakon ‘Lagenda Budak Hostel’ itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

“Tidak (mengaku),” katanya dipetik Harian Metro.

Isteri Along Cham berjanji akan sentiasa berada di sisi suami

Apa yang berlaku pastinya mendapat perhatian ramai memandangkan Along baru sahaja berkahwin pada 4 April lalu selepas lapan tahun menduda.

Selepas perbicaraan, Isteri Along Cham, Afreena Suhaimi, 32, yang turut hadir ke mahkamah berjanji akan sentiasa berada di sisi suami untuk memberikan semangat.

“Untuk kes ini, saya cuma mahu semua orang tahu, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad tetap suami saya. Saya akan sentiasa dengannya dalam apa juga keadaan.

“Saya akan berjuang dengan dia. Saya akan mempertahankan hak dia. Tiada isteri yang hendak lihat suami jatuh dan dalam kesakitan.

“Biy (Along), saya tahu perasaan kamu saat berada di dalam. Bertahanlah, saya berjanji awak akan keluar dan kita akan hidup bahagia bersama,” kata Afreena.

Afreena anxiety mengenang nasib menimpa suami

Afreena turut mengaku dia berdepan masalah ‘anxiety’ (keresahan) mengenang nasib suami yang sedang ditahan itu.

Dia bagaimanapun mahu terus kuat dan melawan kepenatan yang dirasai demi memperjuangkan nasib suaminya itu.

“Saya ‘anxiety’ sekarang ini. Isteri mana yang tidak susah hati apabila suami dalam situasi macam ini.

“Sudah tentu saya akan penat dengan situasi yang berlaku ketika ini, tetapi, saya perlu kuat untuk anak-anak. Apa yang jadi sekali pun, saya perlu hadapi situasi ini,” katanya.

Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952

Mengikut pertuduhan, Along didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyber 9, Cyberjaya pada jam 3.10 petang Sabtu lalu.

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan sebat maksimum 10 sebatan.

Along merayu diberi jaminan namun tidak dibenarkan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Pun begitu, Along merayu jaminan diberikan berikutan dia mempunyai anak yang akan bersekolah tahun depan.

Namun, Ahmad Fuad tidak membenarkan jaminan berikutan peruntukan undang-undang mengikut seksyen itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.