Kelab Kucing Malaysia Mahu Siasatan Lebih Terperinci Selepas Polis Sahkan Kes Kematian Kucing Di UM Kerana Anjing Liar
Menurut Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid, walaupun punca kematian kucing itu dikatakan akibat serangan anjing liar namun dia berpandangan cara kematian haiwan comel berkenaan agak tidak masuk akal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada minggu lalu, Malaysia dikejutkan dengan penemuan dua bangkai kucing di sebuah fakulti di Universiti Malaya (UM) dalam keadaan yang menyayat hati.
Lebih mengejutkan, dua hari selepas penemuan dua ekor kucing itu, muncul satu lagi kes melibatkan seekor kucing berwarna putih yang dikenali sebagai Lily turut ditemui mati tanpa kempat-empat tangan serta kakinya.
Walau bagaimanapun, pihak polis mengesahkan punca kematian dua ekor kucing tersebut adalah kerana diserang anjing liar dan bukanlah seperti dakwaan orang ramai bahawa mereka didera.
Malah, pihak polis menerusi satu kenyataan semalam (22 Disember) memaklumkan hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar lokasi kematian dua ekor kucing itu mendapati binatang itu diserang sekumpulan anjing liar.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, hasil semakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) juga mengesahkan kecederaan yang dialami oleh kucing-kucing tersebut akibat serangan haiwan liar berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan 2 Kucing Mati Di UM Diserang Anjing, Bukan Kerana Didera
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Nampak Macam Kena Gigit Anjing” – 1 Lagi Kes Kucing Mati Tanpa Kaki Di UM Undang Perhatian
Kelab Kucing Malaysia Harap Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan Lebih Terperinci
Terbaharu, Kelab Kucing Malaysia mengharapkan agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung kejadian berkenaan.
Menurut Presiden Kelab Kucing Malaysia Khalid Rashid, walaupun punca kematian si bulus itu dikatakan akibat serangan anjing liar namun dia berpandangan cara kematian haiwan comel berkenaan agak tidak masuk akal.
Jelas Khalid, dia bukanlah mahu mempersoalkan hasil siasatan pihak berkuasa sebaliknya berharap agar pihak berkaitan meneliti semula kes tersebut memandangkan ia mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
“Kita juga tidak pasti apa puncanya dan dikatakan ia kerana (serangan) anjing tetapi pada pandangan saya yang sudah banyak menyelamatkan kucing, (kecederaan kucing berkenaan) tidak kena pula kalau dikatakan dimakan atau didera (diserang) anjing liar.
“Cara matinya lain jadi saya berharap pihak berkuasa boleh bantu menjalankan siasatan dengan lebih terperinci dan telus dalam kes ini.
“Kalau anjing buat (serang), selalunya anjing akan menerkam leher atau perutnya (kucing) terburai dan jarang nak makan habis tetapi kaki (kucing dalam kejadian itu) macam dipotong,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Mahu Kes Disiasat Semula Dengan Libatkan Pakar
Pada masa yang sama, Khalid turut mengharapkan agar insiden tragis berkenaan disiasat semula dengan melibatkan pihak atau individu yang mempunyai kepakaran dalam perkara sedemikian.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur turut mengesahkan pihaknya ada menerima tiga laporan berhubung kejadian tersebut pada 17,20 dan 21 Disember namun tiada saksi yang menyaksikan kejadian tersebut.
Malah, Rusdi menerusi kenyataan itu juga turut menasihatkan agar orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk menyalurkannya melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau melaporkannya ke balai polis berhampiran.
Orang ramai juga boleh membuat aduan rasmi sekiranya mempunyai info berkaitan kes penganiayaan haiwan kepada JPV agar tindakan tegas dapat diambil.
Kenyataan Media Ketua Polis Kuala Lumpur berkenaan Perkembangan Kes Tular Kematian Kucing Di Sebuah Pusat Pengajian Tinggi. #KenyataanMedia #poliskl #22disember2024
Posted by Polis KL on Saturday 21 December 2024
Baca Artikel Berkaitan: