fbpx
Now Reading
Owner Audi Sanggup Buat Laporan Polis Palsu Hanya Kerana Ingin Claim Insurans

Owner Audi Sanggup Buat Laporan Polis Palsu Hanya Kerana Ingin Claim Insurans

Dalam laporan palsu berkenaan, pengadu mendakwa dia telah ditahan oleh dua orang individu tidak dikenali sebelum barang peribadinya disamun dan kereta Audi yang dipandunya telah dibawa lari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masyarakat pada zaman ini, ada sahaja ‘akal’ untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Itu belum termasuk dengan taktik sesetengah pihak yang sanggup untuk melakukan jenayah scam melibatkan orang awam.

Tidak dinafikan, ekonomi pada hari ini semakin mencabar. Tetapi ia bukanlah ‘tiket’ untuk membolehkan anda melakukan apa jua cara meskipun ia perkara yang tidak sepatutnya seperti mencuri dan sebagainya.

Jurutera Buat Laporan Palsu Demi Mahu Buat Tuntuan Insurans

Baru-baru ini, seorang lelaki warga tempatan telah membuat laporan polis palsu yang mendakwa kereta mewahnya jenis Audi telah dicuri.

Berdasarkan kenyataan dimuat naik di laman Facebook Polis Daerah Rembau, laporan tersebut dibuat pada Sabtu lalu (21 Disember) sekitar jam 3:14 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Dalam laporan palsu berkenaan, pengadu dikatakan telah ditahan oleh dua orang individu tidak dikenali pada Jumaat lalu (20 Disember) pada jam 10:22 malam.

Malah, pengadu turut mendakwa barang peribadinya telah disamun dan kereta Audi yang dipandunya telah dibawa lari.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Namun, hasil siasat dan lanjut mendapati bahawa pengadu telah melaporkan kejadian palsu untuk membolehkan dirinya melakukan tuntutan insurans.

“Hasil siasatan dan soal siasat lanjut terhadap pengadu (mangsa) mendapati kejadian yang dilaporkan adalah palsu dan pengadu (mangsa) membuat laporan palsu bertujuan tuntutan insurans,” jelas pihak polis.

Susulan itu, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Berikutan kes terbabit, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat laporan palsu dan tindakan tegas boleh dikenakan terhadap pelaku.

“Orang ramai diseru tidak membuat laporan polis palsu sehingga memberi kesan negatif berlaku kejadian jenayah yang mengganggu gugat ketenteraman awam di daerah Rembau.

“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang membuat laporan sedemikian,” katanya.

Apa Perlu Buat Jika Kereta Kena Curi?

Memetik sumber BJAK, anda boleh menuntut insurans sekiranya kereta telah dicuri tetapi perlu menepati syarat-syarat seperti berikut:

  • Memiliki polisi insurans jenis insurans kereta 1st party atau insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.
  • Insurans anda masih berkuatkuasa
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Kepada anda yang pertama kali mahu menuntut insurans kecurian, di bawah adalah cara-caranya:

  1. Pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis.
  2. Berikan butiran maklumat yang lengkap mengenai kereta anda.
  3. Hubungi syarikat insurans untuk melaporkan kejadian tersebut.
  4. Isi borang tuntutan dengan lengkap berserta dokumen penting.
  5. Serahkan dokumen yang diperlukan kepada penyedia insurans anda dalam tempoh tujuh hari.

Antara dokumen yang diperlukan adalah:

  • Borang tuntutan yang lengkap diisi dan ditandatangani.
  • Salinan laporan polis.
  • Salinan kad pengenalan atau salinan Kad Pendaftaran Peniagaan.
  • Salinan lesen memandu pemandu.
  • Salinan geran kereta.

Tempoh pampasan bagi tuntutan insurans berkemungkinan akan mengambil masa 6 bulan atau sehingga siasatan tamat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.