“Perlu Bukti & Fakta” – Pengerusi JKNCR UA Respon Dakwaan 1 Daripada 5 Pelajar Alami Gangguan Seksual
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA), pihak yang melontarkan kenyataan sedemikian perlu bertanggungjawab terhadap kesan dan perkara yang didakwa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Belum pun reda dengan insiden kejam melibatkan kematian kucing di salah sebuah Universiti Awam (UA), orang ramai dikejutkan pula dengan dakwaan mengenai perbuatan tidak senonoh seorang ahli akademik terhadap pelajarnya.
Ia berikutan pihak universiti berkenaan sebelum ini telah membuat pengesahan menerima laporan yang mendakwa seorang pensyarah berkongsi gambar bogel dan melakukan gangguan seksual terhadap pelajar universiti terbabit.
Isu itu nyata menjadi perhatian ramai hingga ada alumni yang mendakwa ia bukanlah isu terpencil.
Dakwa Alumni Pengajian Gender, Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebuah UA, satu daripada lima orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) pernah mengalami gangguan seksual.
Namun, dakwanya hanya 11.1% mangsa terlibat tampil membuat pendedahan untuk tindakan berhubung isu berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: UM Sah Terima Laporan Dakwaan Pensyarah Kongsi Gambar Bogel
Dakwaan Perlu Berasaskan Bukti & Fakta Dari Kaedah Tepat
Susulan daripada kes yang tular ini, Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA), Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman menjelaskan sebarang dakwaan berhubung insiden tersebut perlulah berasaskan bukti dan fakta dari kaedah yang tepat dan boleh dipercayai.
Jelas beliau, pihaknya mengambil serius mengenai kenyataan sebuah persatuan yang mendakwa satu daripada lima pelajar mengalami gangguan seksual.
Tambah Mohd Ekhwan, pihak yang melontarkan kenyataan sedemikian perlu bertanggungjawab terhadap kesan dan perkara yang didakwa.
“Kita juga menggesa semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengucar-ngacirkan keadaan.
“Sebaliknya semua pihak terlibat disarankan untuk menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa tanpa membuat spekulasi yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
UA Perlu Jadi Institusi Selamat & Bebas Gangguan Seksual
Ulas Mohd Ekhwan lagi, sebagai pusat wahana ilmu negara, UA sepatutnya menjadi institusi yang paling selamat serta bebas gangguan seksual khususnya apabila diurus dengan nilai keagamaan, adab serta kesarjanaan yang seimbang.
Beliau turut menegaskan tindakan yang diambil oleh UA berhubung isu tersebut hendaklah dilakukan mengikut prosedur dan peraturan sedia ada selari dengan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
“Unit Integriti di kesemua UA juga menjadi saluran utama dalam pelaporan kes-kes gangguan seksual supaya aduan yang diterima dapat disiasat tanpa sebarang intervensi sekali gus memberikan keadilan dan melindungi hak semua pihak.
“Justeru, seluruh warga UA Malaysia diingatkan agar tidak mengambil sebarang tindakan yang melanggar mana-mana kod amalan dan tatacara universiti serta undang-undang negara.
“Semua warga juga diingatkan agar menjalankan tanggungjawab dengan berhemah dan beretika,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi satu kenyataan pada Sabtu (21 Disember) turut memaklumkan pihak mereka memandang serius berhubung isu ini.
Malah, Kementerian juga dimaklumkan bahawa isu tersebut ditangani secara rasmi sejak tarikh aduan diterima malah Unit Integriti Universiti Malaya (UM) juga sedang menjalankan siasatan secara aktif.
[KENYATAAN MEDIA] Kes Tuduhan Salah Laku di IPTA Zambry Abd. Kadir Mustapha Sakmud Dr. Zaini Ujang #MalaysiaMADANIPosted by Kementerian Pendidikan Tinggi on Friday 20 December 2024
Baca Artikel Berkaitan: