Tular Tayar ‘Terbang’ Hingga Jadi Punca Kemalangan, Polis Saman Pemandu Treler [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah kereta Honda City itu dilihat sempat mengelak ke kiri jalan namun nasibnya tidak baik apabila tayar lori tersebut tetap mengenai kenderaan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pemandu sering kali diingatkan agar sentiasa peka dan berhati-hati ketika berada di jalan raya.
Bukan itu sahaja, setiap pemilik kenderaan juga dinasihatkan agar sentiasa memeriksa kenderaan masing-masing sebelum bergerak bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini.
Ini kerana keadaan kenderaan yang tidak elok juga kadangkala boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.
Namun, ada segelintir individu yang memandang remeh dan mengabaikan hal sebegini khususnya pemilik kenderaan berat.
Tayar Lori Terbang Hingga Langgar kereta
Semalam (22 Disember), tular di media sosial video kemalangan sebuah kereta dengan tayar sebuah lori muatan berat.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (Dashcam) yang dikongsikan di TikTok @apihh.transport.kt, dapat dilihat tayar treler berkenaan tercabut sebelum menghentam kereta jenis Honda City di laluan bertentangan.
Apa yang menjadi perhatian adalah kereta tersebut dilihat sempat mengelak ke kiri jalan namun nasibnya tidak baik apabila tayar lori tersebut tetap mengenai kenderaan itu.
Memetik Sinar Harian, kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 14 Jalan Jerantut-Maran-Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Salan pada Sabtu (21 Disember) lalu kira-kira jam 5.15 petang.
Menurut pemandu kereta Honda City berkenaan, Mohamad Afiq Syahmi Mohd Ramlan insiden berlaku ketika dia bersama isteri, anak perempuan berusia dua tahun serta rakan isterinya dalam perjalanan dari Bandar Jengka ke Jerantut, Pahang.
Jelas Afiq yang merupakan seorang Pegawai Pemantau Harga, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan dia tidak sempat mengelak tayar yang datang melayang kea arah kenderaannya.
“Saya nampak ‘tayar terbang’ dan bergolek ke arah kereta. Saya cuba mengelak ke kiri jalan, namun tayar itu menghentam bahagian hadapan kereta sebelum melanggar pintu kanan hadapan dan belakang.
“Saya terus berhenti dan semua (penumpang) keluar dari kenderaan dan pergi ke kawasan selamat di tepi jalan,” katanya.
Pemandu Lori Tidak Berhenti & Tidak Sedar Tayar Tercabut
Jelas Afiq lagi, treler berkenaan langsung tidak berhenti namun berjaya dikejar oleh pengguna jalan raya lain yang kemudiannya menahan pemandu lori terbabit.
“Saya dimaklumkan pemandu treler itu tidak sedar tayar belakang sebelah kanan kenderaannya tercabut dan kemudiannya masing-masing membuat laporan polis hari yang sama,” jelasnya lagi.
Tiada Kecederaan Dialami, Trauma Dengan Laluan Berkenaan
Tambah Afiq, dia meluahkan rasa syukur kerana tiada kecederaan yang berlaku namun mengakui masih trauma dengan insiden berkenaan.
“Masih ada rasa gigil dan takut untuk melalui laluan tersebut setakat ini,” ujarnya.
Polis Sahkan Terima Laporan Kejadian, Pemandu Treler Disaman
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Jelas Zukri, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu treler yang berusia 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Jerantut ke Maran.
“Apabila sampai di tempat kejadian, sebiji tayar bahagian belakang sebelah kanan treler telah tercabut, bergolek dan menghentam Honda City yang datang dari arah bertentangan.
“Kemalangan ini hanya menyebabkan kerosakan kepada kenderaan terlibat dan tidak melibatkan kecederaan,” katanya.
Tambah Zukri, saman telah dikeluarkan kepada pemandu treler terbabit dan kes disiasat mengikut Kaedah 94 LN 170/59.
Baca Artikel Berkaitan: Jururawat Hampir Maut, Tayar Lori Tercabut Hentam Kereta Honda City [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Tayar Lori Tercabut: Mangsa Rupanya Menuju Ke Surau, Mahu Bentang Sejadah Untuk Solat Jumaat