fbpx
Now Reading
Ada Pihak Sunting Suara Doktor Guna AI Untuk Promosi Suplemen, Polis Minta Orang Ramai Waspada
pura pura promosi ubat guna AI

Ada Pihak Sunting Suara Doktor Guna AI Untuk Promosi Suplemen, Polis Minta Orang Ramai Waspada

Suara pakar perubatan Dr Noordin Darus yang disunting menggunakan AI itu mendakwa minyak ikan keril tersebut mampu menyelesaikan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kesukaran berjalan dan pening kepala.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau anda perasan, kes penipuan menerusi platform atas talian dilihat semakin berleluasa. Hal ini kerana banyak teknologi canggih masa kini yang membolehkan scammer melakukan pelbagai taktik licik bagi mengaut keuntungan.

Sebagai contoh dengan menggunakan Artificial Intelligence (AI). Seperti sebelum ini, tular satu perkongsian apabila content creator Khairul Aming mendedahkan terdapat pihak yang memanipulasi suaranya menggunakan AI untuk mempromosi kuali masak jenis non-stick.

Dalam video berkenaan, Khairul Aming ‘palsu’ berkata paip air gudang yang pecah menyebabkan kotak pembungkusan kuali tersebut rosak. Oleh disebabkan itu, dia menjual kuali itu dengan diskaun sebanyak 80%.

Baca Artikel Berkaitan: “AI Disalah Guna” – Suara Khairul Aming Disunting Untuk Taktik Pemasaran Bikin Ramai Bimbang

Video Pakar Perubatan Promosi Minyak Ikan Keril

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@malaysiamall1) menyaksikan video pakar perubatan terkenal Datuk Dr Noordin Darus sedang mempromosi sejenis ubat dikenali sebagai minyak ikan keril yang didakwa boleh membantu masalah saluran darah tersumbat.

Dakwa hantaran tersebut, pesakit boleh merasai perubahan pada badannya selepas lima minit mengambil minyak ikan itu. Dakwanya lagi, minyak ikan keril itu juga membantu menyelesaikan masalah tangan yang kebas, pening kepala, dada sakit.

“Inilah sebab mengapa orang yang mempunyai salur darah tersumbat semua mencari minyak keril Antartika. Jika anda mengalami kebas pada anggota badan, pening, lemah semangat, dan sukar untuk berjalan, dada terasa seperti dihimpit batu besar, jantung berdegup kencang, gementar,” dakwa klip berkenaan.

@malaysiamall1

Minyak ikan krill – Beli 1 Percuma 1

♬ nhạc nền – Malaysia Shopping Mall

Pelanggan Boleh Cuba Dahulu Ubat Sebelum Buat Pembayaran

Para pelanggan juga diberi pilihan untuk mencuba dahulu ubat minyak ikan keril sebelum melakukan pembayaran.

“Tak kira betapa seriusnya masalah pembuluh darah, anda mesti takut. Di sini saya benarkan awak guna dulu (minyak ikan keril) baru bayar.

“Toksin dalam badan dah berkurang, anggota badan dah tak kebas, tak gementar, boleh tidur lena malam, rasa selesa dan puas, semakin jelas kesannya, anda akan semula jadi datang kembali berterima kasih kepada saya,” dakwa hantaran itu lagi.

Walaupun individu dalam hantaran tersebut kelihatan seperti Dr Noordin, namun gaya penjelasannya agak memusykilkan. Pergerakan mulut juga dilihat tidak seiring dengan setiap perkara yang diperkatakan.

Video & Suara AI Dilakukan Tanpa Kebenaran Dr Noordin

Semalam (23 Disember), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan kewujudan akaun TikTok ‘Malaysia Shopping Mall’ yang menggunakan suara dan video pakar perubatan terkenal itu bagi mempromosikan ubat.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, video dan suara itu bagaimanapun dilakukan tanpa kebenaran pakar perubatan terbabit.

Mengulas lanjut, hantaran itu dipercayai dilakukan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“JSJK mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai iklan di media sosial.

“Kecanggihan teknologi AI dilihat telah menjadi pencetus kepada kewujudan iklan-iklan yang memaparkan suara, wajah serta video individu ternama tanpa kebenaran mereka dengan tujuan untuk mengelirukan pembeli,” ujar Ramli dalam satu kenyataan.

PDRM Minta Orang Ramai Hati-hati, Jangan Terpedaya Dengan Promosi Palsu

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan promosi produk kesihatan yang mencurigakan serta tidak jelas.

Hal ini kerana, barangan palsu yang dijual itu mampu memudaratkan kesihatan para pengguna.

Baca Artikel Berkaitan: “Kedai Tu Tak Wujud” – Scammer ‘Photoshop’ Gambar Khairul Aming Untuk Promosi Peranti Apple

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guna AI ‘Edit’ Gambar Sendiri & Arwah Ibu Bapa Seperti Berpeluk, Ustaz Jelas Hukumnya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.