Pensyarah UM Yang Didakwa Hantar Mesej Jelik Kepada Pelajar Ditahan Kerja
UM menerusi Pusat Komunikasi Korporatnya memaklumkan tindakan terhadap pensyarah tersebut telah diambil di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab seorang ahli akademik di salah sebuah Universiti Awam (UA) negara ini terhadap pelajarnya.
Ia berikutan pihak universiti berkenaan membuat pengesahan bahawa mereka ada menerima laporan berhubung seorang pensyarah yang berkongsi gambar bogel dirinya sendiri kepada pelajar serta melakukan gangguan seksual.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu nyata mendapat perhatian ramai pihak hingga timbulnya dakwaan ada alumni yang menganggap isu berkenaan bukanlah isu terpencil.
Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan pada Sabtu (21 Disember) lalu turut memaklumkan mereka memandang serius isu ini serta ia telah ditangani secara rasmi.
Tidak hanya itu, KPT turut memaklumkan Unit Integriti Universiti Malaya (UM) juga sedang menjalankan siasatan secara rasmi berhubung kes berkenaan.
[KENYATAAN MEDIA] Kes Tuduhan Salah Laku di IPTA Zambry Abd. Kadir Mustapha Sakmud Dr. Zaini Ujang #MalaysiaMADANIPosted by Kementerian Pendidikan Tinggi on Friday 20 December 2024
Pensyarah Berkait Hantar Mesej Ditahan Kerja
Terbaharu, UM menerusi satu kenyataan semalam (23 Disember) memaklumkan bahawa pensyarah yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual baru-baru ini telah dikenakan tindakan.
UM menerusi Pusat Komunikasi Korporatnya memaklumkan tindakan tersebut telah diambil di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
“UM akan terus memastikan persekitaran kampusnya selamat dan kondusif.
“Ia termasuklah dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan salah laku tanpa mengira jawatan atau status,” kata kenyataan itu.
KENYATAAN MEDIA UM TAHAN KERJA PENSYARAH TERKAIT ISU HANTAR MESEJ JELIK KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2024 – Universiti…
Posted by Universiti Malaya on Monday 23 December 2024
Alumni Dakwa 1 Daripada 5 Penuntut Pernah Alami Gangguan Seksual
Terdahulu, Alumni Pengajian Gender, Fakulti Sastera & Sains Sosial sebuah UA mendakwa satu daripada lima orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) pernah mengalami gangguan seksual.
Namun, mereka mendakwa hanya 11.1% mangsa terlibat tampil membuat pendedahan untuk tindakan berhubung isu berkenaan.
Pun begitu, Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA), Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman menjelaskan sebarang dakwaan berhubung kejadian tersebut perlulah berasaskan bukti dan fakta dari kaedah yang tepat serta boleh dipercayai.
Malah, beliau berpendapat pihak yang melontarkan kenyataan sedemikian perlu bertanggungjawab terhadap kesan dan perkara yang didakwa.
Baca Artikel Berkaitan: UM Sah Terima Laporan Dakwaan Pensyarah Kongsi Gambar Bogel
Baca Artikel Berkaitan: “Perlu Bukti & Fakta” – Pengerusi JKNCR UA Respon Dakwaan 1 Daripada 5 Pelajar Alami Gangguan Seksual