fbpx
Now Reading
Kenaikan Gaji Bukan Alasan, Penjawat Awam Dinasihat Elak Tambah Pinjaman – CUEPACS

Kenaikan Gaji Bukan Alasan, Penjawat Awam Dinasihat Elak Tambah Pinjaman – CUEPACS

Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata pinjaman berlebihan hanya akan menambah bebanan kewangan seseorang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan berita gembira buat penjawat awam di mana gaji mereka bakal diselaraskan lebih 13% bermula 1 Disember 2024.

Pada Ogos pula, Anwar dalam ucapan memaklumkan bahawa kenaikan gaji tersebut adalah mengikut kategori kumpulan pekerjaan dan ia adalah jauh lebih baik daripada apa yang telah dilaksanakan.

Jelas Anwar, bagi penjawat awam daripada kumpulan pelaksana serta pengurusan dan profesional, pelarasan gaji yang bakal diterima adalah sebanyak 15% manakala untuk kumpulan pengurusan tertinggi adalah 7%.

Baca Artikel Berkaitan: PM Umum Pelarasan Gaji Penjawat Awam, Kumpulan Pelaksana Naik 15% & Pengurusan Tertinggi 7%

CUEPACS Ingatkan Penjawat Awam Elak Pinjaman Tidak Perlu

Hari ini (26 Disember), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memberi peringatan kepada golongan penjawat awam untuk mengelak dari membuat pinjaman berlebihan atau bertindih yang tidak perlu ekoran kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menurut Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin, SSPA seharusnya tidak dijadikan alasan bagi penjawat awam menambah pinjaman yang pada akhirnya hanya akan menambah beban kewangan seseorang.

“Jika ingin membuat pinjaman, ia seharusnya untuk tujuan yang memberi keuntungan pada masa hadapan, seperti pinjaman perumahan atau pendidikan anak-anak, bukan untuk membeli telefon bimbit dan sebagainya.

“Risikonya, penjawat awam mungkin akan menghadapi masalah kewangan,” kata Abdul Rahman.

Sumber: Freepik

CUEPACS Sifatkan Pelaksanaan SSPA Tepat Pada Waktunya

Melalui SSPA, Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) juga dimaklumkan akan menerima pelarasan gaji sebanyak 7%, dengan 4% bagi Fasa 1 dan 3% bagi Fasa 2.

Berbicara lebih lanjut mengenainya, pelaksanaan SSPA ini dikatakan tepat pada masanya. Hal ini kerana gaji penjawat awam sudah hampir 12 tahun tidak disemak, walhal kos sara hidup semakin meningkat dalam tempoh tersebut.

“Apabila tidak disemak, ditambah dengan keadaan ekonomi semasa, ia membebankan dan mengusarkan penjawat awam kerana kos sara hidup yang tinggi, sehingga sukar untuk mencukupi perbelanjaan harian termasuk untuk rumah,” ujar beliau.

Menjawab tentang pandangan beliau mengenai 1,400 penjawat awam yang memilih untuk menolak opsyen SSPA, Abdul Rahman berkata ia adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan.

Jelas beliau lagi, CUEPACS menghormati setiap pilihan dan keputusan golongan penjawat awam.

Peminjam Terbeban Dengan Bayaran Bulanan Pinjaman Perumahan

Terdahulu, Pensyarah Program Pengurusan Harta Tanah dan Lelongan, Fakulti Perniagaan, Universiti Malaya-Wales (IUMW), Prof. Dr. Noor Rosly Hanif mendedahkan 10% daripada rakyat Malaysia sukar membayar balik pinjaman rumah.

Ujar beliau, perkara ini terjadi kerana harga rumah yang dibeli tidak sepadan dengan gaji bulanan individu sehingga menyebabkan komitmen bulanan semakin meningkat.

Sumber: Freepik

“Individu yang berdepan dengan kesukaran menjelaskan komitmen bulanan ini kebanyakannya membeli rumah atau kediaman residen yang melebihi daripada nisbah kemampuan bulanan mereka.

“Lebih memburukkan keadaan, pinjaman yang dibuat adalah 100% maka nilai pembayaran balik adalah sangat tinggi setiap bulan,” ujar Dr. Noor Rosly.

Baca Artikel Berkaitan: 10 Daripada 100 Rakyat Malaysia Beli Rumah Tak Sepadan Dengan Gaji

Tips Kewangan Buat Mereka Yang Baru Langkah Ke Alam Pekerjaan

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, pasti kebanyakan individu sedang bergelut dengan masalah kewangan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Sumber: Freepik

Di sini kami kongsikan beberapa tips mengurus kewangan yang anda perlu tahu. Antaranya:

  • Jangan terburu-buru beli rumah jika gaji masih kecil
  • Kira semua komitmen yang ditanggung
  • Ketahui kemampuan dalam membayar komitmen bulanan
  • Pastikan bayaran bulanan tidak melebihi 10% daripada gaji jika mengambil insurans atau takaful
  • Pembayaran bulanan kereta tidak melebihi 15% daripada gaji bersih
  • Jangan ‘termakan’ hasutan kawan
  • Cantikkan rekod CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) demi masa hadapan

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Tips Uruskan Kewangan Untuk Graduan Yang Baru Melangkah Ke Alam Pekerjaan

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Faktor Golongan Muda ‘Blacklist’ Awal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.