fbpx
Now Reading
Trend Kemalangan Disebabkan Tayar Lori Cetus Kebimbangan

Trend Kemalangan Disebabkan Tayar Lori Cetus Kebimbangan

Antara nahas kemalangan yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan oleh tayar hadapan sebelah kanan lori tercabut di tengah lebuh raya sebelum ia dilanggar oleh sebuah bas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes kemalangan maut yang dilaporkan berlaku di lebuh raya ketika musim perayaan.

Keadaan ini secara tidak langsung telah membimbangkan ramai pihak kerana boleh menggugat keselamatan diri dan ahli keluarga yang lain.

Lebih menggusarkan lagi apabila rata-rata individu yang menjadi mangsa kemalangan adalah pengguna jalan raya yang tidak bersalah sebaliknya disebabkan oleh kecuaian pemandu lain.

Keadaan Tayar Kenderaan Yang Kurang Baik Boleh Jadi Punca Kemalangan

Antara punca yang menyebabkan berlakunya nahas tidak diingini ini adalah disebabkan keadaan tayar kenderaan khususnya jenis perdagangan (commercial) yang tidak diselenggara dengan baik.

Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan tayar pecah atau tercabut di tengah jalan raya sebagai contoh insiden kemalangan di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) pada 23 Mac lalu yang meragut tujuh nyawa dan insiden tayar lori menghempap Perodua Aruz pada November 2022.

Malah baru-baru ini tular kembali video sebuah lori yang ditahan oleh seorang pengguna jalan raya selepas mendapati tayar jentera berat itu berada dalam kondisi berbahaya.

Lebih mengejutkan, tayar berkenaan hanya terikat pada 1 nat dan sememangnya boleh tercabut pada bila-bila masa sahaja.

Kenderaan perdagangan perlu pemeriksaan berkala

Trend kemalangan sebegini menyebabkan orang awam tertanya-tanya memandangkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan semua kenderaan perdagangan termasuklah lori dan treler menjalani pemeriksaan berkala di Puspakom setiap 6 bulan.

Ketika pemeriksaan, pihak Puspakom akan memeriksa bahagian-bahagian penting pada kenderaan selain melakukan beberapa bagi memastikan ia mengikut standard yang ditetapkan.

Ini termasuklah pemeriksaan bahagian atas yang merangkumi sistem brek; tayar serta gandar; sistem enjin; badan kenderaan selain pelbagai ujian seperti brek; meter laju; gelincir sisi dan lain-lain lagi.

Sekiranya ia dalam kondisi memuaskan dan mengikut undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pihak pemeriksa akan memberikan kelulusan dan kebenaran untuk kenderaan tersebut digunakan.

Persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tempoh enam bulan tersebut tidak mencukupi sehingga menyebabkan kes sebegini terus berlaku.

Sumber: Pexels

Sehubungan itu JPJ pada 24 Disember lalu menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi bahkan akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap kenderaan perdanganan.

Susulan daripada kes kemalangan yang meragut tujuh nyawa itu juga, pihak JPJ sedang melakukan siasatan secara terperinci dan tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu bagi meneliti pelbagai aspek keselamatan terutamanya berkaitan teknikal.

Wujud Peniaga Buat Servis Sewa Tayar Sebelum Pemeriksaan PUSPAKOM

Lebih membimbangkan apabila tular tangkap layar sebuah perniagaan yang menawarkan servis menyewa tayar berkualiti untuk digunakan oleh pemandu lori sebelum menjalani pemeriksaan PUSPAKOM.

Difahamkan selepas lulus pemeriksaan, tayar sewa itu akan dipulangkan semula kepada bengkel terbabit. Ini bermakna ‘pelanggan’ terbabit mungkin menggunakan semula tayar lama yang dipakai sebelum ini.

Perkara yang tular ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat untuk memandu atau menunggang motosikal berhampiran dengan lori ketika berada di jalan raya.

“Sampai sekarang aku sangat takut bawa kereta atau motor dekat dengan lori. Kalau boleh, cuba mengelak jauh,” ujar netizen.

Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan

Sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya, adalah penting bagi setiap pemandu untuk menyebabkan keadaan tayar kenderaan mereka.

Ini kerana dibimbangi jika komponen kenderaan tersebut telah mengalami kerosakan yang terlepas pandang.

Sebagai contoh, keadaan bunga tayar yang sudah haus boleh menyebabkan getahnya tidak dapat mencengkam jalan dengan baik lebih-lebih lagi ketika hari hujan.

Selain itu, penting juga untuk menyemak skru pada tayar sama ada ia masih diikat dengan ketat atau tidak.

Buatnya skru tersebut sudah longgar, ia boleh menyebabkan komponen berkenaan mudah tercabut dan melanggar pengguna jalan raya yang lain.

Sementara itu, tekanan angin tayar yang tidak mencukupi juga boleh menjejaskan prestasi pemanduan dan secara tidak langsung meningkatkan risiko kemalangan.

Tips: Kebiasaannya, tekanan angin maksimum yang mampu ditampung oleh tayar ditulis pada bahagian sisi tayar. Ia bukan bermaksud tekanan yang bersesuaian untuk tayar.

Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Tayar Lori Tercabut: Penunggang Motosikal Ingin Ke Surau Bentang Sejadah Solat Jumaat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tayar ‘Sesat’ Tiba-tiba Bergolek Tengah Jalan, Ramai Risau Jika Boleh Jadi Penyebab Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Cedera Dihempap Tayar Lori Tercabut Di Lebuhraya Raya ELITE

Wujud Pihak Yang Tawar Servis Ukir Bunga Tayar Secara Manual Undang Kebimbangan Masyarakat

Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan aksi seorang lelaki sedang mengukir bunga tayar yang dipercayai sudah botak pada sebuah lori.

Difahamkan, individu berkenaan membuka servis kepada mereka yang mahu membaiki bunga tayar tanpa perlu ke bengkel dan hanya menggunakan sebuah mesin untuk membuat ukiran bunga secara manual.

Jika dilihat secara teliti, ukiran pada tayar berkenaan adalah tidak lurus dan selari.

Sesetengah pihak pula berpendapat bahawa tindakan mengukir bunga tayar ini boleh meningkatkan risiko tayar meletup dan juga kemalangan jalan raya.

Seorang netizen juga berkongsi pengalamannya yang pernah terlihat tayar sebuah lori meletup di jalan raya dan serpihan tayar terkena pada kereta di belakang.

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Tukar Baru Je?” – Orang Ramai Risau Lihat Individu Tawar Servis Ukir Bunga Tayar Secara Manual

Tanda-tanda Kena Ganti Tayar Kenderaan Yang Baharu

Kualiti tayar boleh menjadi haus secara perlahan-lahan kerana menyentuh permukaan jalan.

Tetapi wujud segelintir pemandu yang tidak menyedari bahawa prestasi tayar mereka sudah semakin merosot dan sudah tiba waktu untuk digantikan dengan tayar baharu.

Berikut adalah beberapa tanda bahawa tayar kereta anda perlu ditukar. Antaranya:

  • ‘Tread Wear Indicator’ semakin menipis dan menyentuh permukaan jalan.
  • Berlaku fenomena ‘Aquaplaning’ di mana kereta rasa seperti terapung apabila melalui lopak air.
  • Brek terseret.
  • Hilang cengkaman ketika mula memecut.
  • Tayar mengalami kerosakan struktur sehingga menjadi ‘bengkak’ dan mengakibatkan stereng bergegar.

Walaupun menukar tayar itu akan memakan kos yang tinggi, tetapi biarlah anda mengeluarkan kos penggantiannya demi menjaga keselamatan diri dan orang-orang di sekeliling.

Sumber: Pexels

Panduan Untuk Tahu Tayar Baru Atau Lama

Bagi golongan wanita, tidak semua tahu serta peka tentang alatan pada kereta dan cara untuk mengetahui sama ada ia sudah rosak atau sebagainya.

Jangan risau, kami akan berikan beberapa panduan tentang cara mengenal pasti sama ada sesebuah tayar itu masih baru atau sudah lama.

Perkara pertama yang perlu dipelajari adalah dengan memahami kaedah untuk membaca kod pada tayar.

Berikut merupakan contoh kod tayar yang diberikan, 205/55/R16 91V:
  • 205 = Lebar
  • 55 = Tinggi
  • R = Radial
  • 16 = Saiz/Rim
  • 91 = Had Maksimum Beban
  • H = Speed limit (210km/h)
Sumber: X @zafranmustafa

Huruf yang terakhir itu merupakan kod tahap kelajuan maksimum yang mampu ditampung oleh tayar.

Sumber: X @zafranmustafa

Selain itu, anda perlu menyemak tarikh pembuatan tayar. Walaupun sesebuah tayar itu belum digunakan, tetapi getah pada tayar akan menjadi keras kerana ia sudah lama dihasilkan.

Tempoh maksimum bagi penggunaan sesebuah tayar adalah lima tahun sahaja.

Sumber: X @zafranmustafa

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Panik, Ini Tips Yang Perlu Korang Tahu Jika Tayar Pecah

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Nak Tahu Tayar Baru Atau Lama, Elak Ditipu Penjual

Beberapa Kes Kemalangan Terbaharu Yang Berlaku Di Lebuh Raya

Sebelum ini, satu kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) dari Ayer Keroh menghala Simpang Ampat telah mengakibatkan tujuh maut dan 33 lagi mangsa mengalami kecederaan.

Nahas yang berlaku pada 23 Disember itu berlaku apabila tayar hadapan sebelah kanan lori berkenaan tercabut di tengah lebuh raya sebelum ia dilanggar oleh bas yang terlibat.

Kemalangan itu kemudiannya mengakibatkan pemandu bas terbabit hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah treler, Perodua Bezza serta Toyota Estima.

Baca Artikel Berkaitan: Kemalangan Di Melaka: 7 Maut & 33 Mangsa Cedera Libatkan 5 Kenderaan

Sumber: Facebook Ayye Mazeri

Dalam satu kes terbaharu yang dilaporkan pada hari ini (26 Disember), satu kemalangan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah Selatan.

Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24 dan kanak-kanak lelaki berusia anggaran dua tahun telah disahkan maut di lokasi kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 5 pagi itu.

Memetik laporan Harian Metro, nahas terbabit melibatkan Proton Wira dan Perodua Kelisa.

“Kesemua enam mangsa tidak tersepit dan sudah dikeluarkan oleh orang awam.

“Dua mangsa maut di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala empat lagi mangsa cedera dihantar ke Hospital Seri Manjung, Perak untuk menerima rawatan,” katanya.

Sumber: Ihsan Bomba via Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.