fbpx
Now Reading
Anwar Wajar Dapatkan Penjelasan Hannah Yeoh & Nga Kor Ming – Haniff Khatri

Anwar Wajar Dapatkan Penjelasan Hannah Yeoh & Nga Kor Ming – Haniff Khatri

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla turut mempertikaikan kewajaran Menteri KPKT, Nga Kor Ming mengadakan program sambutan perayaan Hari Natal di lobi kementeriannya pada baru-baru ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belakangan ini, tular mengenai kes saman fitnah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming meraikan perayaan Hari Natal di lobi kementeriannya.

Kedua-dua isu kontroversi ini menjadi antara topik perdebatan hangat di media sosial oleh rakyat Malaysia.

Susulan itu, Peguam terkenal, Mohamed Haniff Khatri Abdulla tampil memberikan pandangannya berhubung isu berbangkit ini.

Haniff saran Anwar panggil Hannah dan Kor Ming

Memetik Sinar Harian, Haniff menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Awnar Ibrahim untuk memanggil Hannah dan Kor Ming bagi berbincang mengenai tindak-tanduk dan keputusan mahkamah terbabit selain boleh mendapatkan sendiri penjelasan daripada mereka.

“Ini adalah tanggungjawab Anwar untuk menjawab persoalan terhadap menterinya yang bukan Islam dan memberikan teguran keras supaya mereka tidak masuk campur dalam urusan agama Islam atau membuat kenyataan di mana mereka tidak berhak berbuat demikian,” katanya.

Tegas Haniff, Anwar bagaimanapun tidak semestinya perlu memecat menteri berkenaan seperti desakan menggugurkan Hannah kerana prosiding kesnya bakal dijalankan di Mahkamah Rayuan.

“Untuk kes Hannah, ia adalah penemuan di Mahkamah Tinggi. Kalau Mahkamah Rayuan kata keputusan sebelum ini salah, maka tidak betul jika Anwar pecat Hannah sekarang kerana sebagai orang Islam kita kena berlaku adil kepada semua,” katanya lagi.

Haniff turut mempertikaikan kewajaran Kor Ming mengadakan program sambutan perayaan Hari Krismas di lobi KPKT pada baru-baru ini.

Perbuatan Kor Ming bertentangan dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013

Dakwanya, perbuatan Kor Ming bertentangan dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013 dalam kes ‘Kalimah Allah’ yang menyarankan kerajaan Persekutuan dan agensi di bawahnya supaya sentiasa memainkan perana untuk memartabat dan menyokong agama Islam.

“Apabila Kor Ming mengadakan upacara perayaan Krismas di lobi utama KPKT, maka tidak selari dengan tanggungjawabnya sebagai agensi kerajaan untuk memartabatkan agama Islam. Ini sepatutnya dikaji dan diteliti serta diberikan kritikan membina oleh rakyat.

“Media arus perdana juga perlu mempersoalkan dan memainkan isu sama ada beliau berhak untuk membenarkan sambutan Krismas secara rasmi di lobi utama KPKT,” ujarnya.

Hannah failkan rayuan kes saman fitnah Musa Hassan

Semalam (26 Disember), Hannah Yeoh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak kes saman fitnahnya terhadap Tan Sri Musa Hassan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi pada 23 Disember lalu memutuskan untuk menolak saman terbabit selepas mendapati Hannah selaku plaintif gagal membuktikan Musa sebagai defendan mempunyai niat jahat dan kenyataan yang dikeluarkannya berunsur fitnah.

Difahamkan, kes saman oleh Ahli Parlimen Segambut itu berhubung dakwaan kenyataan fitnah Musa pada satu forum di sebuah university empat tahun lalu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.