fbpx
Now Reading
Kes Saman Fitnah Musa Hassan: Hannah Yeoh Failkan Rayuan

Kes Saman Fitnah Musa Hassan: Hannah Yeoh Failkan Rayuan

Menurut Hannah, beliau telah dinasihatkan oleh peguamnya bahawa belum ada alasan penghakiman bertulis penuh yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isnin lalu (23 Disember), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak saman fitnah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung dakwaan kenyataan fitnah pada satu forum di sebuah universiti empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi memutuskan demikian selepas mendapati Hannah selaku plantif gagal membuktikan Musa sebagai defendan mempunyai niat jahat dan kenyataan yang dikeluarkannya itu berunsur fitnah.

Hannah Yeoh failkan rayuan di Mahkamah Rayuan

Terbaharu, Ahli Parlimen Segambut itu memfailkan pula rayuan ke Mahkamah Rayuan pada semalam (26 Disember) susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hannah menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya berkata, semua pihak harus menghormati proses kehakiman dan tidak mempolitikkan isu terbabit.

“Laporan polis akan dibuat terhadap video-video atau mesej-mesej berniat jahat yang mampu menjejaskan rayuan saya.

“Saya menghormati proses kehakiman, namun sudah pasti saya kecewa dengan keputusan tersebut. Peguam telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 26 Disember 2024,” katanya.

Hannah arah peguam mohon agar rayuan didengar dalam kadar segera

Jelas Hannah, beliau telah dinasihatkan oleh peguamnya bahawa belum ada alasan penghakiman bertulis penuh yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi.

“Setakat ini, hanya terdapat alasan ringkas yang disenaraikan secara bertulis melalui sistem e-review mahkamah pada 23 Disember 2024.

“Oleh itu, adalah tidak wajar pada peringkat ini untuk membuat apa-apa kesimpulan tentang apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi secara keseluruhannya berserta alasan-alasannya.

“Saya difahamkan bahawa terdapat banyak mesej-mesej dan video-video Whatsapp yang bersebaran di luar sana yang telah mempolitikkan keputusan ini dan memberi gambaran bahawa saya berhasrat untuk memurtadkan orang Muslim dan atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ini tidak benar sama sekali,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau sentiasa menghormati dan mendukung Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagau agama persekutuan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.