Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pada akhir bulan November lalu, beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu telah dilanda banjir akibat hujan yang berterusan.
Bencana alam itu sememangnya memberi kesan yang amat mendalam pada penduduk yang terjejas selepas segala harta benda mereka musnah ditenggelami air.
Di saat mereka sedang berusaha untuk pulih sepenuhnya selepas musibah yang melanda, kini penduduk di beberapa daerah di kedua-dua negeri itu terpaksa berdepan sekali lagi dengan bencana banjir.
Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus meningkat
Terbaharu, setakat 9.44 pagi hari ini (30 Disember), seramai 1,647 mangsa banjir terdiri daripada 461 keluarga direkodkan.
Angka tersebut difahamkan meningkat berbanding malam semalam yang mencatatkan seramai 1,261 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
Menerusi maklumat Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah tersebut seramai 917 mangsa banjir daripada 279 keluarga direkodkan di Kelantan, iaitu di daerah Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.
Manakala di Terengganu pula, terdapat seramai 679 mangsa banjir di daerah Besut, Hulu Terengganu dan Kemamanan meliputi 183 keluarga.
Bagi kedua-dua negeri itu, sebanyak 37 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka untuk menempatkan kesemua mangsa banjir.