Peniaga Pisang Goreng Mengaku Bersalah & Kesal Bakar Motosikal Ketika Ingin Ditarik
Tertuduh yang juga peniaga pisang goreng akui menyesal dengan perbuatan yang dilakukannya selepas hakim memberi peluang untuk membuat rayuan di hadapannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari ini (30 Disember) seorang wanita di Taiping, Perak mengaku bersalah terhadap pertuduhan membuat khianat menggunakan api hingga mengakibatkan sebuah motosikal terbakar pada 26 Disember lepas.
Wanita yang merupakan peniaga pisang goreng terbabit membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim, Nabisha Ibrahim.
Didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api hingga menyebabkan motosikal bernilai RM7,000 rosak
Menerusi kertas pertuduhan, tertuduh yang dikenali sebagai Zainatul Rafeeda Zainul Abidin berusia 43 tahun didakwa membuatkan tindakan khianat dengan api terbabit hingga menyebabkan berlaku kerosakan pada sebuah motosikal jenis Honda RSX warna hitam berharga RM7,000 kepunyaan Zainatul Syakira Amira Zaini, 22.
Ibu kepada empat orang anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan Masjid Pokok Assam, Taiping pada Khamis lalu jam 3.50 petang, lapor Kosmo.
Prosiding pendakwaan itu telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin. Manakala peniaga pisang goreng berkenaan pula diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.
Akui menyesal dengan perbuatan yang dilakukan
Tertuduh sewaktu prosiding diberikan peluang untuk melakukan rayuan di hadapan hakim. Zainatul Rafeda bagaimanapun memaklumkan pertuduhan yang dikemukan itu adalah kesalahan pertama serta menyesalinya.
“Saya mengaku bersalah, saya menyesal Yang Arif,” katanya.
Wanita didakwa tak puas hati sebelum bertindak bakar motosikal
Sebelum ini, peniaga itu telah ditahan oleh polis selepas tular videonya membakar sebuah motosikal di tempat kejadian.
Susulan itu pihak polis telah bertindak menahannya sebaik menerima laporan mengenai kejadian dari seorang lelaki.
Jelas Ketua Polis Daerah Taiping, Asistem Komisioner Mohamad Nasir Ismail ketika insiden berlaku telah hadir penarik kenderaan ingin membawa motosikal yang dipercayai bayaran ansurannnya telah tertunggak untuk tempoh 20 bulan.
“Keadaan itu menimbulkan rasa tidak berpuas hati kepada wanita berkenaan.
“Wanita itu dikatakan telah menyimbah cecair disyaki petrol ke atas motosikal lalu membakarnya,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
Dah hutang tu bayar lah. tak boleh bayar jangan berhutang. Pasal tu ukur baju bdan sendiri. Masa dia sign agrement tak bace ke. kenderaan tu hak milik sape. pic.twitter.com/qo1XwuABJq
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 26, 2024