fbpx
Now Reading
Pesawat Jeju Air Terhempas Didapati Kendali 13 Penerbangan Dalam Tempoh 48 Jam Sebelumnya

Pesawat Jeju Air Terhempas Didapati Kendali 13 Penerbangan Dalam Tempoh 48 Jam Sebelumnya

Kadar purata penggunaan pesawat bulanan Jeju Air dilaporkan antara yang tertinggi dalam kalangan syarikat penerbangan domestik di Korea Selatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Insiden kapal terbang terhempas semestinya mencetuskan keresahan buat mereka yang biasa menaiki penerbangan.

Baru-baru ini, pesawat Jeju Air yang terhempas di Muan International Airport, Korea Selatan telah mengorbankan 179 penumpangnya, manakala dua terselamat.

Pesawat yang berlepas dari Bangkok, Thailand itu telah mendarat secara ‘belly landing’ sebelum tergelincir dan melanggar satu tembok batu di hujung landasan.

Memetik laporan BBC, pegawai kebakaran berkata nahas tersebut mungkin terjadi akibat ‘bird strike’ dan masalah cuaca.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Insiden Pesawat Terhempas Di Korea Selatan: ‘Bird Strike’ Disyaki Punca Flight Terpaksa Belly Landing

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pesawat Terhempas Di Kazakhstan, 28 Penumpang Dilaporkan Terselamat

Pesawat Jeju Air Kendali 13 Penerbangan Dalam Tempoh 48 Jam Sebelum Nahas

Terbaharu, agensi berita Korea Selatan, Yonhap melaporkan bahawa pesawat Jeju Air tersebut telah mengendalikan 13 penerbangan dalam tempoh 48 jam sebelum terhempas.

Perkara ini seterusnya mewujudkan kebimbangan mengenai penggunaan secara berlebihan pesawat terbabit dalam tempoh yang singkat.

Laporan sama yang memetik sumber industri berkata, pesawat Boeing B737-800 itu didapati telah melakukan perjalanan domestik antara Muan, Pulau Jeju dan Incheon, Seoul dalam tempoh 48 jam sebelum nahas.

Ia juga telah diterbangkan ke beberapa destinasi antarabangsa seperti Beijing, Bangkok, Kota Kinabalu, Nagasaki dan Taipei dalam tempoh sama.

Pesawat Jeju Air Terlibat Nahas Turut Digunakan Sebagai Penerbangan Sewa

Di samping itu, Yonhap mendedahkan bahawa pesawat Jeju Air yang sama turut digunakan sebagai penerbangan sewa bagi lawatan berkumpulan.

Kebanyakan lawatan sedemikian dianjurkan oleh agensi pelancongan dari Gwanju yang menawarkan pakej selama lima hari ke Bangkok sempena musim Krismas.

Difahamkan bahawa jadual bagi penerbangan sewa adalah berdasarkan kepada permintaan. Kebiasaannya, hanya penumpang yang direkrut oleh agensi pelancongan yang akan menaiki penerbangan tersebut.

Sehubungan itu, timbul kebimbangan dalam kalangan pemerhati industri tentang kemungkinan Jeju Air telah memanjangkan khidmat terlalu lama menerusi penerbangan sewa yang dijadualkan secara berlebihan ketika musim puncak akhir tahun.

Menurut seorang pegawai industri pelancongan, lapangan terbang serantau di republik itu amat bergantung pada khidmat penerbangan sewa oleh syarikat penerbangan tambang rendah termasuk Jeju Air.

“Dalam kes lapangan terbang serantau, terdapat sangat sedikit laluan penerbangan biasa, jadi mereka sering bergantung pada operasi piagam.

“Memandangkan kebanyakan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang serantau adalah syarikat penerbangan tambang rendah, majoriti penerbangan sewa dikendalikan oleh syarikat penerbangan ini,” katanya dipetik Yonhap.

Kadar Purata Penggunaan Pesawat Bulanan Jeju Air Antara Tertinggi

Dalam masa sama, Jeju Air didapati mempunyai antara kadar purata penggunaan pesawat bulanan tertinggi dalam kalangan syarikat penerbangan domestik di Korea Selatan.

Data syarikat penerbangan tersebut mendedahkan bahawa masa penerbangan bulanan purata dari Julai hingga September bagi setiap pesawat Jeju Air ialah selama 418 jam.

Ini merupakan angka tertinggi berbanding enam syarikat penerbangan tambang rendah domestik yang lain.

Sebagai contoh, pesaing lain yang melaporkan angka lebih rendah dalam tempoh sama ialah Jin Air iaitu 371 jam bagi setiap pesawat dan 386 jam bagi T’way Air.

Berbanding dengan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, ia mempunyai masa penerbangan bulanan purata yang lebih pendek seperti Korean Air pada 355 jam dan Asiana Airlines pada 335 jam setiap pesawat.

68,000 Tiket Penerbangan Jeju Air Telah Dibatalkan Pelanggan

Kegusaran ini juga menyebabkan penumpang pesawat Jeju Air membatalkan tempahan penerbangan.

Syarikat itu mendedahkan sebanyak 68,000 tiket penerbangan telah dibatalkan setakat 1 tengahari waktu Korea Selatan semalam (30 Disember) susulan insiden di Muan International Airport.

Lebih 33,000 daripada jumlah itu merupakan penerbangan domestik, manakala 34,000 membabitkan perjalanan antarabangsa.

Jeju Air mencatatkan kebanyakan pembatalan dilakukan selepas 9 pagi waktu Korea Selatan pada hari sama pesawatnya terhempas.

Agensi-agensi pelancongan tempatan juga melaporkan pembatalan pakej pelancongan secara mendadak akibat daripada tragedi berkenaan. Kebanyakan mereka telah menangguhkan iklan televisyen dan dalam talian serta kempen promosi.

“Kami menerima kira-kira 40 pertanyaan berkaitan pembatalan perjalanan pada Ahad sahaja. Kami menyaksikan jumlah pembatalan meningkat dua kali ganda daripada biasa dan penurunan tempahan sebanyak 50%,” kata seorang ejen pelancongan dipetik Yonhap.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Pesawat Terhempas Meningkat, Ini 7 Fakta ‘Turbulence’ & Cara Hadapinya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Ini Dedah Tempat Duduk Paling ‘Selamat’ Jika Pesawat Terhempas

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.