fbpx
Now Reading
Pelawak Ditahan Di Jeddah Kerana Ganja Jalani Hukuman Penjara Selama 6 Bulan

Pelawak Ditahan Di Jeddah Kerana Ganja Jalani Hukuman Penjara Selama 6 Bulan

Pelawak terkenal yang ditahan di Jeddah kerana melakukan kesalahan memiliki ganja itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan di Arab Saudi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 31 Disember yang lalu, negara digemparkan dengan berita seorang pelawak terkenal dipercayai telah ditahan di Lapangan Terbang Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja.

Pelawak itu percayai ditahan ketika dalam perjalanan menunaikan umrah pada dua bulan lalu.

Penahanan pelawak berkenaan turut disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan memaklumkan kedutaan itu serta Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah juga memberikan bantuan konsular kepada individu tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak Kedutaan Malaysia tidak memberikan sebarang maklumat terperinci identiti pelawak yang ditahan terbabit.

Pelawak terkenal ditahan di Jeddah kini jalani penjara selama 6 bulan

Terbaharu ekoran daripada kesalahan yang dilakukan, pelawak terkenal itu dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara di Arab Saudi selama enam bulan.

Hukuman terbabit telah dijatuhkan ke atas individu berkenaan sewaktu perbicaraan dilakukan pada November tahun lalu (2024).

Akan dibebaskan awal jika kelakuan baik

Jelas Harian Metro yang memetik sumber, pelawak berkenaan bakal dibebaskan awal jika mempunyai kelakuan yang baik.

“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini (2025),” jelas sumber.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.