fbpx
Now Reading
Tindakan Label Konsep Madani Sebagai Jahiliah Adalah Keterlaluan – Menteri Agama

Tindakan Label Konsep Madani Sebagai Jahiliah Adalah Keterlaluan – Menteri Agama

Jelas Mohd Na’im, konsep Madani yang diperkenalkan oleh Anwar adalah satu gagasan murni yang berperanan untuk mengangkat semula martabat negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar dua tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan konsep Malaysia Madani sebagai usaha untuk mengangkat semula martabat Malaysia serta memastikan negara dihormati berteraskan enam teras utama.

Enam teras itu termasuklah keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan (MADANI).

Namun, sejak belakangan ini ada segelintir pihak yang dilihat seolah-olah sengaja mempermainkan konsep Madani yang diperkenalkan oleh pemimpin negara itu.

Mohd Na’im Kesal Ada Pihak Sengaja Cetuskan Polemik

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menzahirkan rasa kesal dengan sesetengah pemimpin politik yang dilihat sengaja mencetuskan polemik terhadap konsep Madani yang menjadi gagasan negara.

Jelas beliau, tindakan melabelkan konsep berkenaan sebagai Jahiliah atau seumpama dengannya adalah amat keterlaluan dan mendukacitakan.

Konsep Madani Telah Diterima Oleh Sarjana Islam Bersumberkan Al-Quran

Tambah Mohd Na’im lagi, konsep Madani yang diperkenalkan oleh Anwar adalah satu gagasan murni yang berperanan untuk mengangkat semula martabat negara.

“Konsep Madani telah diterima secara menyeluruh oleh sarjana Islam sebagai bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

“Konsep Madani juga menekankan pendekatan pembangunan negara yang bersifat syumul, holistik dan komprehensif dari aspek rohani dan jasmani,” kata beliau menerusi kenyataan tersebut.

Mahu Umat Islam Berhati-Hati Dengan Pihak Yang Sengaja Cetuskan Polemik

Pada masa yang sama, Mohd Na’im meminta agar orang ramai sentiasa berwaspada khususnya terhadap pihak yang dilihat sengaja mencetuskan polemik pemikiran agama bagi meraih kepentingan tertentu.

“Sempena lembaran baharu 2025, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru semua pihak agar memperkukuh perpaduan untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu, beberapa media sebelum ini melaporkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa perjuangan Anwar bergantung kepada Madani Jahiliah susulan ketidakhadiran Anwar dalam Sidang Kemuncak Negara Anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang berlangsung di Kaherah, Mesir pada 19 Disember lalu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mewakilkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menghadiri sidang kemuncak yang diadakan buat kali ke-11.

Ini kerana pada ketika itu beliau menerima kunjungan Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow yang mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia bermula 18 Disember lalu.

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN TINDAKAN SESETENGAH PIHAK SENGAJA…

Posted by Dato' Setia Dr. Naim on Wednesday 1 January 2025

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Madani Akan Lebih Tegas Pada Tahun Kedua Pentadbiran – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Islamofobia: Malaysia Kesal Diskriminasi & Kebencian Kepada Penganut Islam Terus Meningkat – Zambry Abd. Kadir

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.