Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki memakai baju hitam dan berseluar pendek berada di dalam masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Sewaktu memasuki masjid berkenaan lelaki itu dilihat bercakap seorang diri dalam keadaan zip seluarnya yang terbuka sebelum diminta oleh para jemaah untuk individu lain membawanya keluar.
Namun dia yang enggan keluar malah kekal berdiri di saf imam ketika ingin dibawa keluar situasi menjadi sedikit tegang sehingga polis datang untuk meredakan keadaan.
Video
Lelaki ganggu jemaah di masjid TTDI ada masalah mental & telah ditahan
Terbaharu, lelaki tersebut dilaporkan mempunyai masalah mental dan telah ditahan oleh polis kerana mengganggu jemaah dan merosakkan harta benda di masjid TTDI pada 1 Januari lalu.
Jelas Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood individu yang ditahan itu berusia 25 tahun dah didakwa merosakkan harta benda masjid iaitu satu unit televisyen serta satu kerusi kira-kira jam 5.40 pagi.
“Suspek dilaporkan tidak menerima rawatan susulan sejak kali terakhir mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Januari 2023.
“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya mengesan suspek untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya, dipetik Kosmo.
Kata beliau lagi, mana-mana orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pihak polis menerusi talian Hotline Kuala Lumpur di 03 211 59999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfirleds di 03 2297 9222.