fbpx
Now Reading
Sebar Risalah Kristian: “Tindakan Bercanggah Dengan Perlembagaan Perlu Dihentikan” – Menteri Agama

Sebar Risalah Kristian: “Tindakan Bercanggah Dengan Perlembagaan Perlu Dihentikan” – Menteri Agama

Mohd Na’im meminta semua pihak supaya menghormati serta akur kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara keharmonian dalam bernegara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tiga individu didakwa cuba menyebarkan risalah agama Kristian kepada orang awam di tempat awam di Desa Setapak, Kuala Lumpur.

Dalam video tular berkenaan, seorang lelaki yang sedar akan perkara terbabit telah merakam kejadian dan menegur tindakan individu-individu itu di mana dua daripada mereka dipercayai warga asing.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian ramai termasuk pihak polis yang bertindak membuka kertas siasatan.

Tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan perlu dihentikan

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang cakna akan isu berkenaan turut tampil memberi responnya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya semalam (2 Januari), Mohd Na’im berkata, sebarang tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara perlulah dihentikan.

Menurutnya, tindakan sedemikian boleh membawa keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Semua orang perlu hormat dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan

Merujuk video sohor terbabit, Mohd Na’im meminta semua pihak supaya menghormati serta akur kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara keharmonian dalam bernegara.

“Semua pihak adalah dimohon untuk bertenang dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia dalam membuat siasatan terperinci.

“Sekiranya terbukti mana-mana pihak telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Individu sebar risalah agama Kristian kelihatan seperti pendakwah Mormon

Menerusi pengamatan kami, 3 individu berkenaan dilihat seperti pendakwah Mormon jika dilihat dari pemakaian mana.

Ini kerana kebanyakan pendakwah Mormon akan menggunakan pakai kemeja bersama tali leher ketika sedang menyampaikan dakwah.

Polis terima laporan pada malam yang sama kejadian berlaku

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Wanga Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat daripada pengadu iaitu individu yang merakam insiden berkenaan pada 10.19 malam, Isnin lalu (30 Disember) iaitu hari yang sama kejadian terbabit berlaku.

Sehubungan itu, beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298A, Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan berkaitan sebarang perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama, lapor Sinar Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.