fbpx
Now Reading
Keputusan 2-1, Najib Berjaya Dapat Kebenaran Cabar Kewujudan Titah Adendum

Keputusan 2-1, Najib Berjaya Dapat Kebenaran Cabar Kewujudan Titah Adendum

Susulan itu, panel memerintahkan supaya kes terbabit dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya merit semakan kehakiman terbabit diputuskan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (6 Januari), bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Beliau sebelum ini dijatuhi hukuman penjara berhubung kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Keputusan majoriti 2-1 dibuat panel tiga hakim

Keputusan majoriti 2-1 dibuat Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril yang membenarkan rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terbabit.

Sementara itu, Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya, lapor Harian Metro.

Susulan itu, panel memerintahkan supaya kes terbabit dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya merit semakan kehakiman terbabit diputuskan.

Memetik Malaysia Gazette, pengurusan kes berkenaan akan bermula pada 13 Januari depan dan didengar di hadapan hakim berlainan.

Peguam dedah surat daripada Istana Pahang yang mengesahkan wujud Titag Adendum

Pagi ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujud Titah Adendum yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Menurut Shafee, surat bertarikh 4 Januari itu dihantar kepada anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar oleh Pengelola Bijaya Diraja Ke-Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, lapor Berita Harian.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum

Pada 3 Julai tahun lalu, Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Najib mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkannnya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.