Kes Polis Langgar Pelajar Sekolah: MIROS Dedah Ada Kemungkinan Zaharif Digilis
Menurut Kemalangan Prinsipal dan Ketua Unit Pengoperasian dan Pengurusan Data di Miros, Ahmad Noor Syukri Zainal Abidin, ia berdasarkan kedudukan mangsa yang jatuh di laluan pergerakan kenderaan berkenaan iaitu di bahagian tengah hadapan kereta tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masihkah anda ingat kemalangan maut yang melibatkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Jalan Taman Jati 1 Ipoh, Perak pada 15 Disember 2023?
Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Ativa dipandu seorang pegawai kanan polis.
Difahamkan, kemalangan berpunca akibat rasa tidak puas hati pemandu kereta tersebut terhadap mangsa yang didakwa membuat bising menggunakan ekzos motosikal.
Ekoran daripada itu, pemandu Perodua Ativa berkenaan, Mohd. Nazri Abdul Razak yang berpangkat Deputi Superintenden didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian pelajar sekolah.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Kanan Polis Didakwa Atas Tuduhan Membunuh
Tiada Tindakan Brek Yang Drastik – Miros
Terbaharu, Mahkamah Tinggi Ipoh diberitahu ada kemungkinan Perodua Ativa yang dipandu oleh pegawai kanan polis itu menggilis Zaharif dalam insiden pada 15 Disember 2023.
Menurut Kemalangan Prinsipal dan Ketua Unit Pengoperasian dan Pengurusan Data di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Ahmad Noor Syukri Zainal Abidin, ia berdasarkan kedudukan mangsa yang jatuh di laluan pergerakan kenderaan berkenaan iaitu di bahagian tengah hadapan kereta tersebut.
Jelas Ahmad Noor yang merupakan saksi pendakwaan ke-31, motosikal yang ditunggangi Zaharif pula terbabas ke arah kanan hingga ke seberang jalan dan berada dalam keadaan berbaring.
“Pelanggaran pertama di antara Perodua Ativa dan motosikal berlaku di luar lingkungan penglihatan dashcam, namun rakaman tersebut menunjukkan pergerakan sesaran menegak oleh Perodua Ativa sejurus selepas pelanggaran pertama.
“Penyiasatan di kawasan kemalangan telah menemui kesan minyak di bahagian seberang dari titik pelanggaran yang mana ianya konsisten dengan lokasi kedudukan akhir motosikal seperti dalam rakaman video kamera papan pemuka.
“Siasatan juga tidak menemui sebarang kesan brek (skid mark) dari kedua-dua kenderaan yang membuktikan bahawa tiada tindakan membrek yang drastik (harsh braking) dilakukan oleh pemandu dan penunggang sejurus sebelum pelanggaran pertama berlaku,” terangnya.
Pelanggaran Pertama Berlaku Ketika Perodua Ativa Dalam Sedang Mengekori Rapat
Tambah Ahmad Noor Syukri lagi, berdasarkan hasil pengumpulan data dan analisa oleh Miros, pelanggaran pertama berbentuk rear end collision terjadi ketika Perodua Ativa sedang mengekori motosikal berkenaan terlalu rapat tanpa jarak yang selamat.
Terangnya, akibat pelanggaran pertama itu, bahagian kanan kereta tersebut terkena bahagian belakang motosikal hingga menyebabkan motosikal milik mangsa jatuh serta terperosok sebelum terseret ke sebarang jalan.
“Kelajuan purata pada jarak lebih kurang 50 meter sebelum point of impact bagi Perodua Ativa adalah 89.76 kilometer sejam manakala motosikal adalah 94.92 kilometer sejam,” jelasnya.
Keterangan Saksi Hanyalah Berdasarkan Pakar, Bukan Fakta – Peguam
Ahmad Noor Syukri turut diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz mengenai keadaan yang membolehkan pelanggaran pertama di antara kedua-dua kenderaan itu berada dalam keadaan tegak.
Jelas Ahmad Noor Syukri, berdasarkan analisa situasi, Perodua Ativa berada dalam kelajuan yang konsisten manakala motosikal pula memperlahankan kenderaan sewaktu menghampiri point of impact.
Ia berdasarkan laporan Event Data Recorder (EDR) yang disediakan oleh pihak Perodua.
Walau bagaimanapun, peguam bela M Athimulan mengemukan bantahan laporan oleh pasukan penyiasat Miros mengikut Seksyen 399 Kanun Acara Jenayah kerana keterangan saksi adalah berdasarkan pakar bukan fakta.
Afzainizam bagaimanapun menjelaskan laporan berkenaan dikemuka mengikut Seksyen 45 Akta Keterangan.
Hakim Bhupindar Singh membenarkan laporan tersebut ditanda sebagai ekshibit dan meminta pihak pendakwa serta pembelaan menyediakan hujah masing-masing di akhir kes.
Prosiding perbicaraan bersambung pada esok (7 Januari).
Sekadar info, Mohd Nazri didakwa membunuh Zaharif di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh di antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengahari.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Kesekssaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 kali sebatan jika sabit kesalahan.
Baca Artikel Berkaitan: Pegawai Kanan Polis Pandu Ativa 90.9 Km/j Semasa Langgar Zaharif, Brek Tidak Ditekan Langsung – Saksi
Baca Artikel Berkaitan: Kes Polis Langgar Pelajar Sekolah: MCMC Mohon Padam Gambar & Video Kemalangan
Baca Artikel Berkaitan: “40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih” – Luahan Bapa Zaharif Buat Ramai Sebak