fbpx
Now Reading
“Penderhakaan Besar Kepada Raja & Negara” – Ketua Pembangkang Dakwa Anwar Sembunyikan Titah Adendum

“Penderhakaan Besar Kepada Raja & Negara” – Ketua Pembangkang Dakwa Anwar Sembunyikan Titah Adendum

Menurut Hamzah, sebagai Perdana Menteri, Anwar terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong serta Perlembagaan Persekutuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, kecoh mengenai Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang mengesahkan wujud Titah Adendum.

Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara berhubung kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Hamzah dakwa Anwar derhakan, sembunyikan Titah Adendum

Terbaharu, pemimpin pembangkan pula mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyembunyikan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu hantaran di Facebook pada semalam (6 Januari) berkata, tindakan Anwar itu merupakan penderhakaan besar kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara.

 “Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membuktikan ada pihak secara sengaja bertindak menyembunyikan Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong dan mengkhianati prinsip berterus-terang (candour principle) yang sepatutnya dijunjung kerajaan.

“Sebagai Perdana Menteri, beliau terikat dengan ikrar sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong serta Perlembagaan Persekutuan dan sebarang keingkaran, menyembunyi atau menafikan titah Yang di-Pertuan Agong merupakan penderhakaan besar kepada raja dan negara,” katanya.

Najib dapat kebenaran cabar kewujudan Titah Adendum

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Keputusan majoriti 2-1 dibuat Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril yang membenarkan rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terbabit, sementara Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel pula menentangnya.

Susulan itu, panel memerintahkan supaya kes terbabit dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Januari depan supaya merit semakan kehakiman terbabit diputuskan.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.