fbpx
Now Reading
Ingin Tarik Pelaburan Bernilai Tinggi, MOF & Kerajaan Johor Umum Pakej Insentif Cukai JS-SEZ

Ingin Tarik Pelaburan Bernilai Tinggi, MOF & Kerajaan Johor Umum Pakej Insentif Cukai JS-SEZ

Pakej insentif JS-SEZ dapat memberi rangsangan untuk meningkatkan kedudukan negeri Johor sebagai destinasi pelaburan global.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain perlu bekerja atau berniaga untuk meraih wang, pelaburan juga merupakan antara salah satu cara bagi menjana pendapatan pada masa kini.

Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrument kewangan mahupun aset lain bagi mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, dan sebagainya.

Bukan hanya dapat menambah pendapatan, pelaburan juga penting bagi seseorang individu mahupun sesebuah organisasi yang ingin mencapai matlamat kewangan serta mengatasi inflasi.

MOF dan kerajaan Johor umum pakej insentif JS-SEZ

Terbaharu, Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan Johor pada hari ini (8 Januari) mengumumkan pakej insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke negeri itu.

Menurut Bernama yang memetik kenyataan MOF dan kerajaan Johor, kedua-dua pihak menjelaskan pakej insentif yang mengambil kira keperluan dinamik pelabur global dan domestik itu juga merupakan ikhtiar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara.

Difahamkan, para pelabur di JS-SEZ boleh memohon insentif cukai ini sejak 1 Januari yang lalu.

Insentif cukai yang dapat dimohon adalah termasuk:

  1. Kadar cukai korporat Istimewa: Syarikat yang membuat pelaburan baharu dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan yang layak seperti kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum, peralatan perubatan, aeroangkasa dan perkhidmatan hab global yang berpeluang menikmati kadar cukai Istimewa 5% bagi tempoah sehingga 15 tahun.
  2. Fokus pembangunan flagship: Insentif tambahan diperuntukkan untuk perniagaan yang beroperasi di kawasan flagship yang telah ditentukan di JS-SEZ.
  3. Kadar cukai Istimewa untuk pekerja berpengetahuan: Kadar cukai Istimewa 15% bagi tempoh 10 tahun diperuntukkan untuk pekerjaq berpengetahuan yang layak di JS-SEZ.

Dapat beri rangsangan tingkatkan kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan global

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pakej insentif JS-SEZ juga dapat memberi rangsangan untuk meningkatkan kedudukan negeri terbabit sebagai destinasi pelaburan global.

“Kerajaan Madani dan kerajaan Johor telah mengambil langkah proaktif untuk memberi sokongan penuh kepada JS-SEZ dalam usaha menarik pelaburan.

“Berasaskan pelbagai kelebihan yang dimiliki oleh negeri ini, JS-SEZ akan memperkukuhkan kedudukan Johor sebagai hab perdagangan dan maritim utama di rantau ini,” katanya.

Menurutnya, selain daripada pakej insentif cukai itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan duti hiburan pada kadar yang lebih rendah sejak 1 Jan 2025.

Malaysia akan jadi destinasi pelaburan utama di rantau ini

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pakej insetif cukai itu juga mencerminkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan hubungan manfaat bersama yang akan menaikkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.

Ujar Amir, kerajaan mengalu-alukan perniagaan global untuk meneroka peluang besar yang ditawarkan oleh Malaysia.

Dalam pada itu, kerajaan juga menubuhkan Pusat Pemudahcara Pelaburan Malaysia Johor (IMFC-J) bagi menyelaras permohonan, kelulusan, fasilitasi pelaburan, dan pelaburan semula.

Maklumat lanjut tentang insentif dan zon flagship akan diumumkan tidak lama lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.