fbpx
Now Reading
KDN Halang 6 Judul Buku Ini Dijual Di Pasaran Malaysia, Dikhuatiri Bercanggah Dengan Etika Moral

KDN Halang 6 Judul Buku Ini Dijual Di Pasaran Malaysia, Dikhuatiri Bercanggah Dengan Etika Moral

Daripada kesemua enam judul buku yang dikenakan Perintah Larangan oleh KDN, lima daripadanya adalah penulis luar negara dan hanya satu sahaja penulis tempatan iaitu Asyraf Bakti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai taktik yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan unsur yang tidak bermoral kepada masyarakat.

Tidak kiralah sama ada bersemuka atau secara atas talian menerusi lagu mahupun filem, perkara itu dibimbangi dapat menyerongkan identiti seseorang terutamanya bagi penganut beragama Islam.

Lebih merisaukan lagi jika pengaruh tersebut diikuti oleh golongan muda tanpa disedari oleh ibu bapa mereka.

6 Judul Buku Dikenakan Perintah Larangan Oleh Kementerian Dalam Negeri

Memetik laporan Kosmo, sebanyak enam judul penerbitan buku telah dikenakan Perintah Larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan tajuknya yang dikhuatiri bercanggah dengan moraliti masyarakat Malaysia.

Enam judul buku yang telah berdepan Peintah Larangan tersebut adalah:

  1. A Million Kisses In Your Lifetime oleh Monica Murphy
  2. Lose You To Find Me oleh Erik J. Brown
  3. Punai oleh Asyraf Bakti
  4. When Everything Feels Like The Movie oleh Raziel Reid
  5. Scattered Showers oleh Rainbow Rowell
  6. What If It’s Us oleh Becky Albertalli dan Adam Silverra

Daripada kesemua buku ini, lima daripadanya adalah penulis luar negara dan hanya satu sahaja penulis tempatan iaitu Asyraf Bakti.

KDN menjelaskan bahawa Perintah Larangan itu telah diwartakan melalui Warta Kerajaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) berkuat kuasa pada 19 Disember 2024.

Sumber: Facebook Monica Murphy/ Goodreads

Selaras dengan prinsip Rukun Negara iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’, tindakan yang dilakukan oleh KDN ini dilihat sebagai salah satu usaha dalam menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.

“Perintah Larangan di bawah Akta 301 ini adalah berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku.

Jelas KDN lagi, hasil bacaan dari buku tersebut boleh mengakibatkan sesetengah masyarakat terdedah dengan perkara yang tidak bersesuaian.

“Ini penting bagi mengelakkan penyebaran ideologi atau gerakan yang bertentangan dengan budaya serta nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang majmuk.

“Dalam masa sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum,” katanya

Sumber: Entertainment Weekly/ Rainbow Rowell

Susulan itu, kerajaan komited untuk mengawal selia mesin cetak hasil penerbitan sebelum dijual kepada khalayak ramai.

“Kerajaan ingin menyatakan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap mesin cetak dan hasil penerbitan,” kata KDN.

Malah mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tempoh tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya

Kes Rampasan Jam Tangan Jenama Swatch

Pada Mei 2023, pernah tular mengenai isu koleksi jam tangan jenama Swatch iaitu ‘Pride Collection’ yang dikaitkan dengan komuniti LGBTQ+ oleh kerana warna-warnanya.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh KDN, sebanyak 172 jam tangan telah dirampas di butik Swatch selepas disahkan  melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Sumber: MalayMail

Akta sama turut menjelaskan jenama yang menjual barangan yang dilihat atau dikhuatiri berbahaya kepada moral boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.

Walau bagaimanapun, Hakim Amarjeet Singh mengeluarkan arahan untuk mengembalikan semula kesemua jam rampasan selepas Swatch melakukan permohonan semakan kehakiman terhadap rampasan koleksi jam tangan itu.

Di samping itu, Amarjeet tidak mengeluarkan sebarang perintah bagi kos atau kerugian, tetapi berkata Swatch Group boleh memfailkan dokumen baharu yang berasingan bagi ganti rugi jika terdapat kerosakan pada jam tangan.

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Tinggi Perintah KDN Pulangkan Jam Tangan Swatch ‘Pride Collection’ Yang Dirampas

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.