fbpx
Now Reading
“Kenapa Tiada Masjid Dalam Montaj?” – Dr Radzi Jidin Persoal Video Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

“Kenapa Tiada Masjid Dalam Montaj?” – Dr Radzi Jidin Persoal Video Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

Jelas Dr Radzi Jidin, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, perlu memberi penjelasan memandangkan rumah ibadat bagi agama lain seperti di Batu Caves dan gereja turut terdapat dalam video berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 6 Januari yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Sepang, Selangor.

Dalam majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah memperkenalkan logo, maskot, lagu tema serta reka bentuk pesawat khas sempena kempen tersebut.

Malah, video montaj sempena kempen itu turut dimuat naik menerusi laman sosial rasmi Tourism Malaysia.

The wait is over—Visit Malaysia 2026 Campaign has officially launched! 🌟 Get ready to dive into a world of surreal experiences and unforgettable journeys! Check out 👉 www.malaysia.travel #VisitMalaysia2026 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia #SurrealExperiences

Posted by Tourism Malaysia on Sunday 5 January 2025

Radzi Jidin Minta Menteri MOTAC Beri Penjelasan Ketiadaan Masjid Dalam Video VM 2026

Terbaharu, Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin mempersoal video montaj pelancaran kempen tersebut yang langsung tidak menonjolkan keindahan seni bina masjid di Malaysia.

Jelas beliau, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing perlu memberi penjelasan memandangkan rumah ibadat bagi agama lain seperti di Batu Caves dan gereja turut terdapat dalam video berkenaan.

“Sudah tengok montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026? Ada yang tanya saya kenapa tak ada masjid dalam video montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Rumah ibadat yang lain ada dan Menteri Pelancongan (King Sing) kena jawab,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook.

Montaj Papar Destinasi Tumpuan Pelancong Di Malaysia

Berdasarkan video montaj yang berdurasi 41 saat itu, kandungan video tersebut memaparkan beberapa lokasi di Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong antaranya seperti Petaling Street, Pasar Seni, Gua Mulu (Sarawak), Batu Caves (Selangor) dan bangunan gereja lama di Melaka.

Dah tengok montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026? Ada yang tanya saya, “Kenapa tak ada masjid dalam video montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026? Tapi rumah ibadat yang lain ada”. Emmm… Menteri Pelancongan kena jawab ni! Nota: Video diambil daripada Facebook Tourism Malaysia (Malaysia Truly Asia) #DRJ

Posted by Dr Radzi Jidin on Tuesday 7 January 2025

Ramai Turut Persoal Ketiadaan Masjid Dalam Montaj

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, ramai netizen yang turut mempersoalkan tentang kewujudan masjid dalam video berkenaan.

Malah, ada yang berpendapat pihak berkaitan boleh sahaja meletakkan keindahan Masjid Putra di Putrajaya dalam video berkenaan.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Sekurangnya-Kurangnya, Masjid Putra Tu Memang Kena Ada, Mercu Utama Malaysia”

“Seperti Agama Islam Tu Tak Ada, Hanya Agama Lain Sahaja, Yang Meluluskan Video Ini Tak Perasan Ke?”

“Masjid ❌, Itu Apa Yang Saya Nampak”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.