fbpx
Now Reading
Takut Suami Marah Gadai Telefon Untuk Beli Alat Solek, 2 Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Disamun

Takut Suami Marah Gadai Telefon Untuk Beli Alat Solek, 2 Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Disamun

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek turut mendakwa kononnya barangan peribadi seperti telefon bimbit dan wang tunai dilarikan oleh tiga suspek bersenjata.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu pastinya mempunyai keinginan tersendiri sebagai contoh mahu membeli barangan kemas, pakaian yang cantik dan sebagainya.

Namun dalam membeli barangan yang diinginkan, kita juga perlulah mengukur di baju sendiri dan tidak berbelanja di luar kemampuan.

Ini kerana, ia bukanlah suatu tabiat yang baik untuk berhabisan duit demi kehendak sendiri.

Dua wanita sanggup buat laporan palsu kononya kena samun sebab takut suami marah

Terbaharu, dua orang wanita di Sandakan, Sabah dilaporkan nekad untuk membuat laporan palsu dengan mengatakan mereka kononnya disamun.

Difahamkan mereka nekad berbuat demikian kerana bimbang dimarahi suami gara-gara menggadaikan telefon bimbitnya semata-mata untuk membeli peralatan solek.

Mereka yang berusia 20 dan 34 tahun itu mengatakan mereka kononya telah disamun oleh tiga orang lelaki yang menggunakan pisau sebagai senjata di kawasan bandar, sekitar jam 7 malam tadi.

Siap bagitahu wang sebanyak RM136 dilarikan ‘suspek’ bersenjata pisau

Jelas Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 12 tengah malam (9 Januari) selepas dua wanita itu mengatakan mereka menjadi mangsa samun.

Dalam laporan terbabit, wanita itu memaklumkan sebanyak dua unit telefon bimbit termasuk wang ringgit bernilai RM136 telah dilarikan oleh suspek bersenjata berkenaan.

“Bertindak atas maklumat dan siasatan yang dijalankan oleh polis mendapati keterangan yang diberikan kedua-dua wanita itu adalah tidak konsisten dan diragui.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian samun yang didakwa tidak berlaku namun sebaliknya mereka menggadaikan telefon bimbit mereka di kedai pajak,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Buat laporan kerana terdesak nak beli barang mekap

Ulasnya lagi, dua wanita itu bertindak melakukan tindakan berkenaan selepas terdesak dan memerlukan duit bagi membeli barangan alat solek tetapi risau dimarahi suami.

“Kedua-dua wanita itu ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaaan kerana memberi maklumat palsu.

“Orang awam dinasihatkan tidak bertindak sedemikian kerana jika sabit kesalahan mengikut Seksyen berkenaan, bileh dihukum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.