
3 Pelajar Malaysia Di UCLA Dipindahkan Susulan Kebakaran Los Angeles
Ketiga-tiga pelajar Malaysia di UCLA yang terkesan dengan insiden kebakaran di Los Angeles telah selamat ditempatkan di sebuah kediaman kakitangan kedutaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tiga pelajar Malaysia di University of California, Los Angeles (USLA) berjaya dipindahkan susulan kebakaran Pacific Palisades yang melanda bandar tersebut.
Dalam pada itu, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan kebakaran terbabit dijangka merebak berdasarkan ramalan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga Rabu (15 Januari)
“Tiga pelajar Malaysia yang tinggal di luar kampus UCLA sudah menerima amaran pemindahan dan kini ditempatkan dengan selamat di salah sebuah kediaman kakitangan kedutaan (Home Based Staff/HBS) bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka,” katanya dipetik Berita Harian.
Lebih Ramai Pelajar Mungkin Dipindahkan Jika Keadaan Semakin Teruk
Tambah Mohamed Nazri, laporan terkini Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles mendedahkan bahawa kemungkinan lebih ramai pelajar akan dipindahkan jika keadaan bertambah buruk.
Katanya lagi, pelbagai langkah telah disediakan oleh misi diplomatik Malaysia antaranya mempersiapkan beberapa kediaman HBS lain bagi menampung pemindahan.
“Menurut laporan yang saya terima, perkembangan situasi akan terus dipantau dengan teliti dan menyediakan kemas kini harian jika diperlukan,” ujarnya.
KPT Sahkan 14 Pelajar Malaysia Terkesan Dengan Kebakaran
Media sebelum ini melaporkan seramai 14 pelajar Malaysia di UCLA terkesan dengan insiden kebakaran di Los Angeles itu seperti disahkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Menerusi kenyataan di Facebook, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT memaklumkan bahawa kesemua pelajar terbabit berada berhampiran dengan lokasi kejadian.
Dalam masa sama, pelan evakuasi akan dilaksanakan bersama pejabat Consul General sekiranya perlu bagi memindahkan pelajar ke rumah pegawai sebagai ‘shelter house’.
16 Terkorban Dalam Kebakaran Di Los Angeles
Kebakaran di Los Angeles di Amerika Syarikat telah bermula sejak minggu lalu sehingga menyebabkan ‘State of Emergency’ diisytiharkan.
Laporan terkini oleh BBC mendedahkan seramai 16 penduduk terkorban di bandar California itu sejak tengah malam tadi.
Kebakaran tersebut dianggarkan sebagai paling memusnahkan dalam sejarah bandar terbabit dengan lebih 23,000 ekar dijilat api setakat ini. Usaha oleh para bomba hanya berjaya memadamkan 11% daripadanya.
Setakat semalam (12 Januari), lebih 105,000 penduduk menerima arahan pemindahan, manakala 87,000 lagi diberi amaran. Angka ini telah menurun sejak Sabtu (11 Januari).
@rock_paul_walker los Angeles is on fire | the carzy story of California wildfire | dozen people died | Los Angeles is burning | 200k people Lost his house in fire | California is burning | Hollywood hills is burning #hollywood #hills #burning #prayforcalifornia #hellincalifornia #wildfire #losangeles #losangeleswildfire
♬ original sound – Rock & Paul walker