
5 Maut Dirempuh Kereta Dipandu Remaja 16 Tahun Tiada Lesen
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, remaja yang juga tidak memiliki lesen memandu itu akan ditahan selepas dia mendapat rawatan di hospital.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja berita mengenai kemalangan jalan raya di Malaysia.
Walaupun pengguna sering kali diingatkan untuk mematuhi undang-undang jalan raya namun ada yang mengabaikannya hingga menyebabkan berlakunya insiden tidak diingini.
Lebih teruk, jika kemalangan yang berpunca daripada mereka itu mendatangkan kesusahan atau menyebabkan kematian.
Remaja 16 Tahun Pandu Kereta Hingga Sebabkan Kemalangan
Semalam (14 Januari), lima orang maut dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, Sarawak.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, empat daripadanya yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 45 tahun maut di lokasi kejadian.
Manakala, seorang lagi remaja lelaki yang berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Kemalangan di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku apabila sebuah kereta dari arah Jalan Lapangan Terbang menghala ke Jalan Seria Raja hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
“Kereta itu kemudian merempuh dua motosikal dan dua kereta di laluan bertentangan itu,” katanya.
Remaja Lelaki Rempuh Empat Kenderaan Sedang Terima Rawatan
Jelas Mohd Farhan, remaja lelaki berumur 16 tahun yang memandu kereta Proton Saga dan merempuh kenderaan lain itu sedang menerima rawatan di HUS kerana turut mengalami kecederaan di leher.
“Tiga lagi mangsa yang turut mengalami kecederaan juga menerima rawatan lanjut di HUS,” katanya lagi.
eksiden di jln stutong di beritakan 4 maut 2 buah motosikal 3 buah kereta
Posted by Borneo on Monday 13 January 2025
Remaja Akan Ditahan Selepas Menerima Rawatan
Tambahnya lagi, remaja yang juga tidak memiliki lesen memandu itu akan ditahan selepas dia mendapat rawatan di hospital.
“Dia akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya.
“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Mohd Farhan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat trafik, Asisten Superintendan Lucas Apin di talian 013-8246881 / 082- 259900 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kuching, 14 Januari 2025 – Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Bin Abdullah berkenaan Kes Kemalangan Jalan Raya Maut Di Jalan Teo Kui Seng / Stutong Baru.
Posted by Polis Daerah Kuching on Tuesday 14 January 2025
Video dashcam yang memaparkan kemalangan turut tular di media sosial.
Kemalangan ngeri melibatkan 4 kematian , 3 cedera parah dan 2 cedera ringan di Jalan Stutong Baru menuju Airport Kuching…
Posted by Borneo on Tuesday 14 January 2025
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Maut Gara-gara Dirempuh Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Tanpa Lesen
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Bawah Umur & Tanpa Lesen Boleh Bahayakan Keselamatan Pengguna Jalan Raya Lain