
“Saya Tabah” – Pengusaha Reda Kolam Ikan Diracun Kali Ke-21, Tanggung Kerugian Hampir RM100,000
Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sukan Memancing Malaysia, kejadian berkenaan disedari oleh pekerjanya yang melihat beberapa ikan mati dan timbul di permukaan air kira-kira jam 8 pagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Sebagai manusia, setiap orang dinasihatkan untuk sentiasa berbuat baik sesama sendiri serta makhluk ciptaan Allah SWT yang lain.
Namun, ada segelintir individu yang dilihat tidak bertanggungjawab serta kurang senang melihat kesenangan orang lain.
Oleh sebab itu, ada yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk dan dilarang agama asalkan apa yang dihajati oleh mereka tercapai.
Pemilik Kolam Memancing Reda, Kolam Diracun Buat Kali Ke-21
Gara-gara perbuatan khianat, ratusan ikan dalam Kolam Memancing Sealion 3A, Pelabuhan Klang mati dipercayai akibat diracun.
Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sukan Memancing Malaysia (MSO), Datuk Mohd Rizwan Abdul Rahim, perbuatan khianat yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu merupakan kali ke-21 sejak MSO mengambil alih kolam berkenaan pada September 2021.
“Saya hadapi dengan tabah ujian ini dan berserah kepada Allah,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Ikan Mati & Timbul Di Permukaan Kolam
Cerita Mohd Rizwan, dalam insiden yang berlaku pada Ahad (12 Januari) lalu, kejadian berkenaan disedari oleh pekerjanya yang melihat beberapa ikan mati dan timbul di permukaan air kira-kira jam 8 pagi.
“Saya meminta mereka segera membuat pembersihan tapi keadaan semakin teruk apabila makin banyak ikan dalam kolam yang mati dan timbul.
“Selepas itu, kami segera menjalankan kerja rawatan kolam sehingga jam 1 pagi. Saya mendapati ikan-ikan berkenaan dipercayai dituba, lalu mengarahkan kolam ditutup sementara sehingga kerja pembersihan selesai,” katanya lagi.
Sampel Air Dalam Kolam Ikan Yang Dituba Disahkan Mengandungi Racun
Jelas Mohd Rizwan lagi, pihaknya telah menjalankan rawatan khas dengan membuang air kolam sedia ada bagi proses pembersihan.
Malah, sampel air kolam tersebut juga telah dihantar untuk analisis dan hasilnya mendapati air kolam berkenaan disahkan mengandungi racun.
“Saya tidak mahu tuduh mana-mana pihak, cuma yang jelas ia memang perbuatan khianat berdasarkan pengalaman kami sebelum ini,” ujarnya.
MSO Tanggung Kerugian Hampir RM100,000
Lebih teruk, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM100,000 akibat daripada insiden berkenaan.
Walau bagaimanapun, pihak MSO masih belum membuat laporan polis ekoran sedang fokus menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pada masa yang sama, Mohd Rizwan turut menjelaskan kolam memancing tersebut dijangka akan beroperasi semula pada Jumaat ini sebaik sahaja selesai operasi rawatan dan pembersihan kolam.
SEALION FISHING PARK KOLAM 3A BANYAK DOSA NAK KENA TANGGUNG NI, DENGAN LAFAZ BISMILLAH, DEMI ALLAH, DEMI RASUL, AKU…
Posted by Mohd Rizwan on Monday 13 January 2025
Baca Artikel Berkaitan: 20 Ekor Kucing Mati Bergelimpangan Dipercayai Diracun
Baca Artikel Berkaitan: “Zalim Sungguh” – Ramai Sedih Lihat Tindakan Individu Sanggup Racun 9 Ekor Kucing Peliharaan Lelaki Ini