
Kes Jemaah Kena Scam: Agak Mustahil Pakej Umrah Bawah RM6,000 – Presiden Papuh
Difahamkan, pakej yang berharga di bawah RM6,000 dilihat agak mustahil, melainkan dalam keadaan tertentu seperti menggunakan penerbangan yang lebih murah dan penginapan agak jauh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita terkini dan isu trending.
Penipuan pakej umrah atau pakej Haji di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Boleh dikatakan hampir setiap tahun pasti ada sahaja jemaah yang menjadi mangsa.
Jika sebelum ini, kira-kira 380 jemaah haji yang menggunakan Visa Furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan pada Julai 2022 lalu.
Baca Artikel Berkaitan: Hampir 400 Bakal Jemaah Haji Guna Visa Furada Terkandas Di KLIA
Terbaharu, tular pula berita mengenai lebih 300 jemaah umrah terkandas selepas tarikh penerbangan mereka ke Tanah Suci yang dijanjikan ditunda dengan pelbagai alasan dari sebuah syarikat pengendali umrah.
Difahamkan, kebanyakan jemaah memilih syarikat berkenaan kerana pakej umrah yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding syarikat yang lain.
Papuh ingatkan umat Islam agar lebih berwaspada pilih pakej Umrah
Susulan kejadian itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham tampil memberi ulasannya.
Beliau mengingatkan umat Islam di negara ini yang ingin menunaikan umrah agar lebih berwaspada dalam memilih pakej yang sesuai bagi mengelakkan ditipu dan risiko terkandas.
Menurutnya, berdasarkan situasi semasa dan musim, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 ke RM7,000 serta ia akan sedikit meningkat terutamanya pada musim cuti sekolah dan bulan Ramadan.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Kata Razali, pakej yang berharga di bawah RM6,000 dilihat agak mustahil, melainkan dalam keadaan tertentu seperti menggunakan penerbangan yang lebih murah dan penginapan agak jauh.
“Realitinya, pengendali umrah sentiasa berdepan dengan masalah luar jangka menyebabkan berlakunya situasi yang tidak diingini seperti ketiadaan bilik. Di Arab Saudi, bila kita tempah bilik sekalipun, mereka boleh ubah sesuka hati.
“Selain itu, kebiasaannya apabila bulan Rejab dan Syaaban, orang Arab mula ramai ke Makkah dan jumlahnya akan terus meningkat menjelang Ramadan. Bila berlakunya situasi sebegini, agak sukar untuk mendapatkan bilik dan jika ada pun ia lebih mahal.
“Bilik yang lebih murah ada tapi agak jauh. Situasi seperti ini yang sering berlaku menyebabkan ada ketikanya berlaku jemaah kita terkandas disebabkan ketiadaan bilik dan pengendali tidak mampu menampung kenaikan kos,” katanya kepada Sinar Harian.
Suami isteri ditahan polis, disyaki tipu pakej umrah
Terdahulu, sepasang suami isteri dari sebuah syarikat agensi pelancongan ditahan pihak polis berhubung kes penipuan pakej umrah tersebut.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kedua-dua suspek berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Kontinjen Selangor sekitar 7 malam semalam di Kuala Lumpur.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Suami Isteri Didakwa Lakukan Penipuan Pakej Umrah