fbpx
Now Reading
Misteri Kebakaran Di Baling: Penduduk Sudah Kepung Seluruh Kampung, Masih Gagal Tangkap Pelaku [Video]

Misteri Kebakaran Di Baling: Penduduk Sudah Kepung Seluruh Kampung, Masih Gagal Tangkap Pelaku [Video]

Sebelum Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada mempunyai kaitan dengan unsur khianat atau sebaliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak akhir bulan Disember tahun lalu, penduduk-penduduk di daerah Kupang, Baling, Kedah diselubungi misteri kebakaran melibatkan beberapa buah rumah di kawasan itu.

Kejadian terbabit membuatkan para penduduk berkerjasama melakukan pengawasan dan rondaan keselamatan untuk mengesan individu yang melakukannya.

Bagaimanapun, sehingga kini suspek yang disyaki menyebabkan kebakaran di beberapa lokasi di sekitar daerah itu masih belum berjaya ditangkap.

Penduduk kampung nyaris tangkap suspek

Terbaharu, tular pula di media sosial seorang lelaki mendakwa penduduk di sebuah kampung hampir berjaya menangkap suspek.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok milik lelaki itu (@wannhaz), suspek yang berjaya melarikan diri bagaimanapun tidak dapat dikesan meskipun seluruh kawasan kampung itu sudah dikepung penduduk.

Dakwanya, setakat ini sudah 13 buah rumah yang terbakar, namun identiti individu misteri berkenaan dan motif kejadian belum diketahui lagi.

@wannhaz

BALING KEDAH KECOH ! Orang bakar Rumah di Baling Kedah , Setakat ni 13 Biji rumah dah dibakar , suspek belum dijumpai walaupun dah kepung seluruh kampung , Motif membakar rumah orang di BALING kedah belum diketahui , nyaris nyaris nak dapat tangkap suspek Yang bakar RUMAH di BALING KEDAH #CapCut #kebakaranrumah #baling #fypシ゚viral #balingkedah #baling #Baling #kedah #kedah#kedahdarulaman

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

200 penduduk mengepung kawasan selepas terhidu bau petrol

Sebelum ini, seramai 200 penduduk bertindak mengepung kawasan sekitar Kampung Bendang Padang selepas mereka terhidu bau petrol yang disyaki digunakan bagi menyebabkan kebakaran.

Memetik Harian Metro, penduduk yang melakukan rondaan keselamatan mendakwa bau petrol itu dikesan di hadapan sebuah rumah kira-kira jam 12 tengah malam pada 14 Januari lalu.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ahmad berkata, selepas dimaklumkan mengenai bau itu, dia bersama empat rakan sekampung yang turut meronda bergegas ke lokasi rumah berkenaan.

“Memang betul bau petrol itu sangat kuat di depan rumah penduduk yang juga ibu tunggal. Saya dan rakan lain turut terbau petrol, namun kesan minyak itu tidak nampak kerana keadaan gelap.

“Penduduk kampung lain yang dimaklumkan kemudian datang membantu mengesan suspek, kami tunggu di lokasi dan cuba mengesannya.

“Tiba-tiba kami diberitahu ada bau petrol di belakang rumah penduduk lain yang terletak 100 meter,” katanya.

Menurutnya, penduduk kemudian melaporkan kejadian kepada polis dan mereka secara bersama cuba mengesan suspek yang dipercayai cuba melakukan khianat kebakaran.

Berkongsi lanjut, Ahmad berkata ada penduduk turut mengesan bekas tapak kaki baru dipijak di kawasan sawah berdekatan, namun mereka gagal mengesan suspek.

Tular video sebuah lagi rumah terbakar di Baling

Terdahulu, turut tular satu video yang memaparkan sebuah lagi rumah di Kampung Charuk Kapas, Kuala Pegang dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira 9.15 malam dipercayai pada hujung minggu lalu.

Keadaan itu tentunya menyebabkan penduduk bertambah gusar dan ada yang tidak berani meninggalkan rumah kerana bimbang akan dibakar juga.

@zaimeem

mohon doakn kami warga kupang dis3lamatkan dari musibah angkara kerja kianat …

♬ suara asli – sholawat_yuk – CERITA NABI

Polis masih jalankan siasatan sama ada ia berkait unsur khianat atau sebaliknya

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada mempunyai kaitan dengan unsur khianat atau sebaliknya.

Azmi turut dilaporkan berkata, polis tidak menolak kemungkinan kebakaran membabitkan sembilan rumah di daerah ini antara 24 Disember hingga 2 Januari lalu membabitkan unsur khianat.

Memetik Sinar Harian pula, sampel bahan bukti di lapan lokasi kebakaran yang berlaku di Baling telah dihantar ke makmal penyiasatan kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang untuk dianalisis.

Menurut Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.

Beliau turut meminta orang ramai terutama penduduk di daerah Baling agar tidak menyebarkan berita tidak benar di media sosial berkaitan kebakaran yang berlaku.

“Orang ramai diminta mendapatkan maklumat sebenar melalui pihak bomba atau pun polis dan jangan sebar berita boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.