Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”.
Begitulah peribahasa yang mungkin kita pernah dengari untuk menceritakan tentang asam garam kehidupan berumah tangga terkadang pasti dilanda ujian, mana mungkin semuanya indah-indah belaka.
Pertengkaran antara suami isteri mungkin akan berlaku, namun jika tidak dikawal emosi dan perasaan marah sudah pasti ada kesan buruknya.
Ibu tak sengaja terbunuh anak sendiri
Seperti baru-baru ini, seorang bayi berusia satu tahun tujuh bulan di Indonesia maut di tangan ibu kandung secara tidak sengaja semasa ibu bapanya sedang bergaduh.
Ketua Siasatan Jenayah Kupang, AKP Yeni Setiono berkata, kejadian tersebut berlaku di Desa Soba, Kecamatan Amarasi Barat pada pagi Selasa lalu (14 Januari).
“Melalui kenyataan suspek, Deningsi Bano Beti, 27, kejadian itu bermula apabila dia bergaduh mulut dengan suaminya, Kornalius Marion Bano, 25.
“Pertengkaran semakin memuncak apabila suspek menghunus parang yang kononnya mahu mencederakan suaminya, bagaimanapun terkena anak yang sedang didukungnya hingga cedera parah,” katanya dipetik Sinar Harian.
Kaki bayi cedera parah terkena parang dipegang ibu
Memetik laporan Kompas.com pula, bayi yang dikenali sebagai Fera Kristin Junia Bano itu mengalami kecederaan parah di kedua-dua kakinya.
Berkongsi lanjut, Yeni berkata Fera Kristin kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan namun gagal diselamatkan.
“Suspek sudah ditangkap dan kita sedang jalankan siasatan penuh,” katanya lagi.
Perselisihan suami isteri berlaku sejak 3 Januari 2024
Difahamkan, bergaduhan antara suami isteri itu mula tercetus ketika Kornalius meninggalkan rumah mereka sejak 3 Januari 2024.
Kornalius memilih untuk menetak di rumah saudaranya, Anita Bano, kerana perselisihan dengan Deningsi.
Kemudian, pada pagi hari kejadian, Kornalius kembali ke rumahnya dan terus bergaduh dengan Deningsi.