
“Ada Individu Telefon Ajak Berdamai” – Isteri Lelaki OKU Dipukul Tak Akan Tarik Balik Kes
Menurut Faridah Abdul Karim, tindakan yang dilakukan peniaga dan pengunjung pasar tani tersebut adalah sangat melampau, sedangkan suaminya sudah berkali-kali meminta maaf.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kes seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dipukul dan diperlakukan dengan kejam oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu pada Jumaat lalu (17 Januari) mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kejadian itu boleh dijadikan pengajaran buat semua agar lebih mengawal perasan marah dan tidak terlalu mengikut perasaan yang akhirnya akan membawa padah kepada diri sendiri.
Bak peribahasa, ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Jika ingin meminta maaf atas perkara yang sudah terjadi, mungkin maaf itu sudah tidak berguna lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Perbuatan Mereka Sangat Melampau & Tidak Berperikemanusiaan – Isteri Lelaki OKU Dipukul
Keluarga lelaki OKU dipukul tak maafkan pelaku
Terbaharu, isteri kepada lelaki OKU tersebut, Faridah Abdul Karim berkata, dia dan keluarganya tidak akan memaafkan pelaku yang memukul suaminya itu.
Menurut wanita berusia 44 tahun itu, terdapat individu yang menghubunginya untuk berjumpa dan berdamai.
“Setakat ini, kita belum bersedia untuk berjumpa dan menyelesaikan kes itu tanpa proses undang-undang,” Kata Faridah, isteri kepada Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 44, dipetik Harian Metro.
Keluar lelaki OKU dipukul tak akan tarik balik kes
Ibu kepada lima anak itu menegaskan tidak akan menarik balik kes dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis.
Ujarnya, tindakan yang dilakukan peniaga dan pengunjung pasar tani tersebut adalah sangat melampau, sedangkan suaminya sudah berkali-kali meminta maaf.
“Setakat ini, kita tidak tergamak untuk melihat video insiden suami dipukul seperti yang ditularkan melalui pelbagai medium laman sosial.
“Jika kita tengok, timbul perasaan marah dan sedih apabila melihat suami diperlakukan seperti haiwan, termasuk ditarik,” katanya.
Keadaan lelaki OKU dipukul makin stabil
Menurutnya lagi, keadaan suaminya yang kini dirawat di pusat psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semakin stabil dan keluarga sudah dibenarkan untuk melawatnya.
“Suami tidak pernah bersikap agresif terutama kepada kita dan anak-anak, walaupun ada ketikanya suka membebel,” ujarnya.
Ketika mengulas peniaga mi yang meminta bayaran ganti rugi sebanyak RM10,000 seperti yang ditularkan, Faridah berkata, harga mi goreng dua kuali yang terbalik melebihi harga kayangan.
Terdahulu, pihak polis mengesahkan seramai lima lelaki berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun telah ditahan dan direman susulan kes pukul berkenaan.
Pergerakan Pemuda UMNO yang turut terkesan dengan kejadian berkenaan juga tampil menawarkan khidmat guaman secara percuma demi menegakkan keadilan buat lelaki OKU terbabit.
G57 sedia saman individu pukul lelaki OKU RM1 juta
Malah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) juga dilaporkan bersedia untuk menyaman sekumpulan individu sebanyak RM1 juta kerana disyaki mengasari dan mencederakan lelaki OKU tersebut.
Memetik Berita Harian, Pengurusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, tindakan itu sebagai amaran keras kepada penganiayaan dan penindasan terhadap golongan tidak berdaya, khususnya OKU.
Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Megat Zulkarnain Omardin juga hadir menyantuni keluarga Ahmad Nor Al Faizan pada petang semalam (20 Januari).
Baca Artikel Berkaitan: