fbpx
Now Reading
Baru Sahaja Dilantik Presiden, Trump Perkenal Dasar 2 Jantina & Isytihar Darurat Di Sempadan

Baru Sahaja Dilantik Presiden, Trump Perkenal Dasar 2 Jantina & Isytihar Darurat Di Sempadan

Selain itu, Trump turut mengeluarkan arahan agar AS menarik diri daripada menganggotai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kali kedua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, Donald John Trump baru sahaja mengangkat sumpah pada semalam (20 Januari) bagi menggantikan Presiden AS terdahulu, Joe Biden.

Trump yang mengangkat sumpah untuk penggal kedua itu menjanjikan perubahan besar dalam kerajaan AS yang dijangka memberi kesan besar kepada masyarakat di negara itu dan dunia.

Dalam ucapannya di Capital One Arena, Washington, DC, Trump menyatakan bahawa beliau akan membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif yang merosakkan dan radikal oleh pentadbiran sebelum ini, yang disifatkannya sebagai paling teruk dalam sejarah.

Trump umum darurat kebangsaan di sempadan dan perkenal dasar dua jantina

Apa yang lebih mengejutkan, Trump juga mengumumkan darurat kebangsaam di sempadan selatan dan memperkenalkan dasar rasmi yang mengiktirafkan hanya dua jantina.

Malah, beliau turut berikrar untuk mengembalikan dasar ‘Kekal-dalam-Mexico’ serta mengerahkan tentera bagi menghentikan apa yang disifatkannya sebagai ‘pencerobohan yang dasyat’ selain kartel dadah juga akan disenaraikan sebagai Organisasi Pengganas Asing.

Beliau kemudiannya mengisytiharkan pula pentadbirannya akan secara rasmi mengiktiraf hanya dua jantina sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan itu.

“Mulai hari ini (20 Januari), ia akan menjadi dasar rasmi Kerajaan AS bahawa hanya terdapat dua jantina, lelaki dan perempuan,” katanya.

Trump arah AS tarik diri dari WHO

Selain itu, Trump turut mengeluarkan arahan agar AS menarik diri daripada menganggotai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kali kedua.

Rumah Putih (White House) mengeluarkan perintah eksekutif ini demi memenuhi janji Presiden AS kedua kali itu yang sebelum ini ingin menolak institusi global.

Bagaimanapun, keputusan terbaharu itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar kerana akan memberikan kesan buruk terhadap tindak balas pandemik, penyakit dan hubungan diplomatik di seluruh dunia.

Untuk info, AS merupakan penyumbang terbesar kepada agensi kesihatan global yang memainkan peranan penting dalam organisasi terbabit sejak penubuhannya selepas Perang Dunia II.

WHO yang juga sebahagian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu diberi tanggungjawab mempersiapkan dan menangani kecemasan kesihatan.

Baca Artikel Berkaitan: Donald Trump Angkat Sumpah Sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-47

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.