fbpx
Now Reading
Lelaki Cedera Di Paha & Kaki Gara-Gara Dihentam Tayar Lori Tercabut

Lelaki Cedera Di Paha & Kaki Gara-Gara Dihentam Tayar Lori Tercabut

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, siasatan awal mendapati mangsa pada ketika itu sedang berdiri di belakang bonet kereta Proton Iswara miliknya yang diletakkan pada bahu jalan sebelum dihentam tayar lori yang tercabut itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak belakangan ini, ada sahaja insiden kemalangan yang melibatkan kenderaan besar seperti lori dan bas.

Antara yang paling biasa didengar adalah kejadian tayar tercabut dari kenderaan mereka.

Insiden sebegini sudah semestinya merisaukan orang ramai apatah lagi ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti berlakunya kematian dan kecederaan serta kerosakan kenderaan individu lain.

Baca Artikel Berkaitan: Trend Kemalangan Disebabkan Tayar Lori Cetus Kebimbangan

Lelaki Cedera Kena Tayar lori Tercabut

Gara-gara tayar lori tercabut, seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian peha dan kaki selepas terkena tayar tersebut dalam satu insiden yang berlaku di Simpang Kuala, Sungai Daun, Kedah semalam (20 Januari) kira-kira jam 1 tengahari.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintenden Musa Rabien, mangsa yang berusia 45 tahun itu kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah.

Mangsa Berdiri Di Belakang Kereta Pada Bahu Jalan Sebelum Terkena Tayar

Jelas Musa Rabien, siasatan awal mendapati mangsa pada ketika itu sedang berdiri di belakang bonet kereta Proton Iswara miliknya yang diletakkan pada bahu jalan.

“Sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan sekam padi dari arah Batas Paip ke Yan secara tiba-tiba mengalami insiden tayar belakang sebelah kiri tercabut dan terus mengenai mangsa.

“Kerana jaraknya yang dekat, mangsa tidak sempat mengelak sebelum tayar tersebut mengenai kaki dan paha menyebabkan mangsa terjatuh,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Mangsa kemudiannya diberi bantuan oleh orang ramai sebelum di bawa ke Hospital Yan untuk rawatan awal dan kemudiannya dirujuk ke HSAH, Sungai Petani bagi pemeriksaan lanjut.

Pemandu Lori Tidak Alami Kecederaan

Pemandu lori yang berusia 50 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk diambil keterangan.

Tambah Musa lagi, lori terlibat juga turut ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, ramai netizen menyuarakan rasa bimbang dengan insiden tayar lori tercabut yang semakin kerap berlaku.

Ramai yang mahukan pihak berkuasa untuk mengambil langkah yang lebih tegas bagi memastikan insiden sebegini rupa tidak berulang.

Baca Artikel Berkaitan: Trend Kemalangan Disebabkan Tayar Lori Cetus Kebimbangan

Baca Artikel Berkaitan: Jururawat Hampir Maut, Tayar Lori Tercabut Hentam Kereta Honda City [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Tayar Lori Tercabut: Mangsa Rupanya Menuju Ke Surau, Mahu Bentang Sejadah Untuk Solat Jumaat

Baca Artikel Berkaitan: Tayar Bergolek Sendiri Tengah Jalan, Didakwa Tercabut Dari Lori [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.