
Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Musim Perayaan Bermula 2025
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Linggi kerajaan telah memutuskan untuk menghentikan tol percuma dalam mesyuarat kabinet tahun 2024.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tibanya musim perayaan ramai masyarakat di Malaysia akan mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung bagi meraikannya bersama-sama keluarga.
Malah sebelum ini kerajaan turut menyediakan kemudahan seperti memberikan tol percuma apabila tibanya musim perayaan.
Perkara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos rakyat dalam meraikan hari bahagia dengan keluarga tercinta.
Tiada lagi tol percuma di musim perayaan
Terbaharu, kerajaan memaklumkan tiada lagi pemberian tol percuma bersempena dengan musim perayaan seperti yang dilakukan sebelum ini.
Jelas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi perkara itu telah diputuskan ketika mesyuarat kabinet pada tahun 2024.
Walau bagaimanapun, ujarnya kerajaan bakal menggantikan kemudahan tersebut dengan pendekat yang lebih bersasar.
“Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar). Tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma di musim perayaan.
“Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain… akan dibincangkan.
“(Keputusan ini kerana)… kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar… perincian akan dimaklumkan kemudian,” jelasnya, lapor Harian Metro.
Tanggung kesan kewangan sekitar RM38 juta
Menurut menteri itu lagi, pengecualian tol terbabit akan membuatkan kerajaan menanggung kesan kewangan yang dianggarkan sekitar RM38 juta untuk membayar semula kepada syarikat konsesi tol tersebut.
Pada 21 Disember 2024 Alexander mamaklumkan kerajaan memberikan pengecualian tol di lebuh raya kepada kenderaan persendirian Kelas 1 ketika musim perayaan Krismas pada 23 Disember (Isnin) sehingga 24 Disember (Selesa) tahun lalu.
Susulan dengan pengumuman diberikan menteri itu, ini menunjukkan pemberian tol percuma yang terakhir adalah pada musim perayaan tersebut.