fbpx
Now Reading
Pemberian Tol Percuma Tidak Selesaikan Masalah Kesesakan Di Lebuh Raya – Ahmad Zahid

Pemberian Tol Percuma Tidak Selesaikan Masalah Kesesakan Di Lebuh Raya – Ahmad Zahid

Menurut TPM, Ahmad Zahid, keputusan menghentikan pemberian tol percuma itu merupakan keputusan Jemaah Menteri susulan saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Semalam (21 Januari), kerajaan mengumumkan tiada lagi pemberian tol percuma sempena musim perayaan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu telah diputuskan ketika mesyuarat kabinet pada tahun 2024.

Pengumuman tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana pemberian tol percuma sebelum ini dapat mengurangkan kos yang perlu ditanggung mereka.

Keputusan ini menjadikan sambutan Krismas pada bulan lalu sebagai perayaan terakhir yang mendapat pengecualian tol oleh kerajaan Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Musim Perayaan Bermula 2025

Tol percuma tak akan selesaikan masalah kesesakan

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menegaskan pemberian tol percuma pada musim perayaan tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya bertol.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, apa yang penting ialah pengguna jalan raya perlulah mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan.

“Jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 juta sehari.

“Walaupun ia tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung tetapi konsensi itu terpaksa dipanjangkan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol,” katanya dipetik Sinar Harian.

Hentikan pemberian tol percuma adalah keputusan Jemaah Menteri

Menurutnya lagi, keputusan menghentikan pemberian tol percuma itu merupakan keputusan Jemaah Menteri susulan saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0 pada malam semalam di Putrajaya.

Terdahulu, Alexander menyatakan bahawa pengecualian tol sempena musim perayaan membuatkan kerajaan perlu menanggung kesan kewangan yang dianggarkan sekitar RM38 juta untuk membayar semula kepada syarikat konsesi tol tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.