fbpx
Now Reading
Wanita Disaman JPJ Gara-gara Suami Hadiahkan Nombor Plat ‘WANI’

Wanita Disaman JPJ Gara-gara Suami Hadiahkan Nombor Plat ‘WANI’

Anggota penguatkuasa daripada Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Kedah telah mengeluarkan notis JPJ (P)22 dan notis arah periksa kenderaan kepada wanita itu di bawah Seksyen 61(1) APJ 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan, terdapat ramai individu di Malaysia yang gemar memodifikasi kenderaan agar kelihatan lebih cantik atau ‘sporty’.

Pun begitu, tidak semua pengubahsuaian yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas faktor keselamatan dan sebagainya.

Antara modifikasi yang menjadi satu kesalahan adalah pengubahsuaian plat nombor pendaftaraan kenderaan untuk kelihatan ‘fancy’.

Pemandu wanita disaman JPJ gara-gara guna nombor plat ‘WANI’ dihadiahkan suami

Seperti baru-baru ini, JPJ Negeri Kedah mendedahkan seorang wanita telah disaman kerana kenderaan dipandunya menggunakan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti nama iaitu ‘WANI’.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasminya semalam (21 Januari), wanita itu ditahan semasa Pasukan Aman 1 dari Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Kedah melakukan rondaan rutin penguatkuasaan di KM49.5 Lebuhraya Utara Selatan hala Utara.

Pemandu wanita yang juga pemilik kenderaan jenis Honda City itu mengakui bahawa nombor plat berkenaan merupakan hadiah daripada suaminya sempena nama dirinya.

Kesalahan nombor plat boleh dikompaun sehingga RM300

Jelas JPJ Negeri Kedah, menurut Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, mana-mana orang yang melakukan didapati bersalah boleh dikompaun tidak melebihi RM300.

“Jika mana-mana orang yang menggunakan kenderaan bermotor yang padanya nombor pandaftaran atau dalam hal kenderaan sewa atau teksi plat pengenalan tidak dipamerkan mengikut kaedah ini atau jika ia dipamerkan dalam apa apa cara yang kabur, atau dibiarkan atau dibenarkan menjadi atau kekal tidak mudah untuk dilihat dengan jelas atau tidak ditunjukkan sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah ini maka ia didapati bersalah bagi suatu kesalahan.”

Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959

Susulan itu, anggota penguatkuasa telah mengeluarkan notis JPJ (P)22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah Seksyen 61(1) APJ 1987.

“JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan tersebut,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Nombor Plat Paling Kecil Di Dunia” – Mat Motor Guna Plat Fancy Undang Perhatian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.