
Ini Penjelasan UM Mainkan Lagu Kebangsaan China Terlebih Dahulu Ketika Program Di Kampus
Jelas UM, acara sambutan Tahun Baru Cina yang dikenali sebagai Spring Festival Gala 2025 merupakan anjuran Kedutaan Besar Negara China yang dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja berita kontroversi yang melibatkan Universiti Malaya (UM).
Bermula dengan isu kematian kucing, ia disusuli pula dengan penjualan produk Sandwich Ham & Cheese yang disahkan tidak mempunyai sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sekali lagi, UM menjadi bualan ramai apabila baru-baru ini lagu kebangsaan negara China dimainkan terlebih dahulu berbanding lagu Negaraku dalam satu program yang diadakan di institusi pendidikan tinggi itu.
Baca Artikel Berkaitan: JAKIM Sahkan Produk Sandwich Ham & Cheese Tiada Sijil Halal
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Nampak Macam Kena Gigit Anjing” – 1 Lagi Kes Kucing Mati Tanpa Kaki Di UM Undang Perhatian
Program Bukan Anjuran UM, UM Hanya Sediakan Lokasi
Terbaharu, UM tampil memberi penjelasan berhubung perkara yang tular itu.
Jelas mereka menerusi satu kenyataan, acara sambutan Tahun Baru Cina yang dikenali sebagai Spring Festival Gala 2025 merupakan anjuran Kedutaan Besar Negara China yang dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.
“Acara ini bukan di bawah anjuran Universiti Malaya dan universiti hanya menjadi lokasi sambutan acara diadakan,” jelas mereka.
@love8899h 不管在哪里,只要听到我们中国的国歌,内心都会升起一股暖流和自豪感。今天的马来西亚中国留学生新春晚会上,听到国歌我们全部站起来,国歌响起,大家都跟着唱,民族自豪感起来了,激动#留学 #马来西亚 #中国 #国歌
♬ 原声 – 桃桃 – 桃桃
UM Turut Meminta Penganjur Mainkan Lagu Negaraku
Tambah UM lagi, apabila pihak penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan negara itu, mereka juga telah meminta untuk memainkan lagu Negaraku seperti yang telah diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.
“Selaku Universiti Awam yang tertua di negara ini, Universiti Malaya sentiasa menjunjung kedaulatan negara dengan menerapkan nilai patriotik dalam semua aktiviti Universiti.
“Dalam masa yang sama, Universiti Malaya turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar,” jelas mereka lagi.
KENYATAAN MEDIA PENJELASAN BERHUBUNG ISU YANG TIMBUL SEMASA ACARA SPRING FESTIVAL GALA 2025 KUALA LUMPUR, 21 JANUARI…
Posted by Universiti Malaya on Tuesday 21 January 2025
Ramai Masih Persoal Tindakan UM Mainkan Lagu China Berbanding Negaraku
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dilihat masih lagi mempersoal tindakan universiti itu yang memainkan lagu kebangsaan negara China berbanding Malaysia terlebih dahulu.
Malah, ada yang mahu UM untuk membuat penelitian terperinci apatah lagi sejak akhir-akhir ini, institusi pendidikan tinggi itu sering terpalit dengan kontroversi.
Berikut antara komen pengguna Facebook:
“Berapa Ramai Pelajar Dari Tanah Besar China Di UM, Sampai Tara Ni?”

“Kalau Ia Pun, Dahulukan La Lagu Negaraku Sebagai Penghormatan Kepada Tuan Rumah”

“Sejak Akhir Ini, Banyak Sangat Isu Dekat UM. Tolonglah Jaga Nama Baik UM Yang Sesuai Dengan Ranking”

“Nyanyi Lagu Kebangsaan China Berbanding Lagu Negaraku Boleh Dianggap Tidak Sesuai Dari Segi protokol & Sensitiviti Tempatan”

Baca Artikel Berkaitan: Isu Sandwich Ham & Cheese: JAKIM Tepis Dakwaan Produk Ada Sijil Halal
Baca Artikel Berkaitan: Kelab Kucing Malaysia Mahu Siasatan Lebih Terperinci Selepas Polis Sahkan Kes Kematian Kucing Di UM Kerana Anjing Liar