
Dakwa 6 Tahun Kerja Secara Haram, JIM Sahkan Warga Asing Tular Dah Keluar Dari Malaysia Sejak 2021
Pada masa yang sama, Ketua Pengarah Imigresen turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk menyalurkannya agar tindakan dapat diambil dengan segera.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (22 Januari), tular di media sosial video sekumpulan rakyat Malaysia terjumpa dengan seorang warga asing yang pernah bekerja di Malaysia selama enam tahun ketika turun di Jabal Nur, Mekah.
Menerusi video yang tular itu, warga asing yang dikenali sebagai Abdul mendakwa dia telah bekerja di pelbagai lokasi di Malaysia dalam tempoh waktu tersebut.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa masuk dan tinggal di negara ini tanpa dokumen dan permit yang sah.
Kenyataannya itu nyata menarik perhatian hingga ramai yang mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis.
Susulan video yang tular itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menjelaskan pihaknya mengambil maklum berhubung dakwaan warga asing berkenaan dan sedang menjalankan siasatan.
Baca Artikel Berkaitan: Pernah Kerja Di Kuala Lumpur Selama 6 Tahun, Rakyat Malaysia Jumpa Warga Asing Di Jabal Nur Curi Perhatian [Video]
Imigresen Sahkan Warga Asing Tular Telah Keluar Dari Malaysia Tahun 2021
Terbaharu, pihak JIM mengesahkan warga Bangladesh berkenaan yang mendakwa bekerja di Malaysia secara haram telah keluar dari negara ini pada tahun 2021.
Menurut Zakaria, ia berdasarkan maklumat yang telah diteliti dan dikenal pasti oleh pihaknya bagi mengesan lelaki warganegara Bangladesh itu.
Malah, rekod JIM mendapati ia sebenarnya memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.
“Lelaki warga Bangladesh itu dikesan telah keluar dari Malaysia pada 2021.
“Tiada rekod lelaki itu memasuki Malaysia semula selepas itu dan berdasarkan rekod juga dia memiliki pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang sah sehingga 2 April 2022,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Gesa Orang Ramai Salurkan Maklumat Berkaitan PATI
Pada masa yang sama, Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk menyalurkannya agar tindakan dapat diambil dengan segera.
Tegasnya, JIM memandang serius isu yang melibatkan warga asing yang masuk ke Malaysia tanpa izin.
“Kita akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan ke atas mana-mana warga asing yang melakukan kesalahan imigresen seperti tiada dokumen yang sah,” ujarnya.
Sebelum ini, dakwaan lelaki warga asing yang mendedahkan dia tinggal di Malaysia selama enam tahun tanpa permit yang sah menarik perhatian pengguna media sosial.
Menerusi ruangan komen di video yang dimuat naik di TikTok, ramai yang terganggu dan mempersoalkan tindakan imigresen dan polis dalam membanteras PATI.
Walau bagaimanapun, hasil semakan kami pada hari ini (23 Januari) mendapati video tersebut telahpun dipadam.
Baca Artikel Berkaitan: