fbpx

Kebakaran Di Baling: Penduduk Minta Henti Tohmahan Selepas Tular Laporan Suspek Jadi Mangsa Buli

Dalam pada itu, seorang bekas pekerja kilang getah yang dikenali sebagai Mazlan Saad@Abu Bakar berkata, individu yang dipercayai suspek kes kebakaran berkenaan pernah mengadu kepadanya sering dipukul di tempat kerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada minggu lalu, kami ada melaporkan kejadian kebakaran yang melibatkan beberapa buah rumah di Kupang, Baling, Kedah.

Insiden yang didakwa mula berlaku sejak Disember tahun lalu menjadi bualan apabila ia disifatkan sebagai misteri apabila penduduk gagal mengesan pelaku.

Manakan tidak, suspek berkenaan berjaya melarikan diri walaupun sudah dikepung oleh penduduk setempat.

Pun begitu, polis berjaya menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan pada 20 Januari lalu dan dendam kerana sering dibuli ditempat kerja dipercayai menjadi punca dia bertindak sedemikian.

Baca Artikel Berkaitan: Misteri Kebakaran Di Baling: Penduduk Sudah Kepung Seluruh Kampung, Masih Gagal Tangkap Pelaku [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Selalu Dibuli & Dipulau Dipercayai Punca Lelaki Bakar 9 Rumah Di Baling

Penduduk Kampung Mohon Orang Ramai Henti Tohmahan, Tidak Pernah Buli Suspek

Terbaharu, beberapa penduduk yang merupakan mangsa kebakaran di Kampung Tanah Periuk, Kupang mendakwa mereka tidak pernah membuli suspek yang kini dalam tahanan polis.

Malah, mereka turut meminta agar semua tohmahan yang dilemparkan dapat dihentikan.

Jelas salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Adnan Hassan, dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit malah tidak pernah bekerja di kilang yang sama.

“Tolong hentikan tohmahan, kami bukan pembuli, kami tak kenal pun. Sudah 12 tahun saya kerja di sebuah kilang di Kulim, saya tidak tahu apa motif bakar rumah saya, tetapi ke mana sahaja pergi, kawan-kawan kata saya pembuli.

“Hidup saya dan isteri tertekan, sudahlah rumah kami termasuk tiga buah motosikal hangus terbakar, terpaksa pula hadap tohmahan orang ramai,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Ada Orang Luar Tuduh Penduduk Sebagai Pembuli

Salah seorang mangsa lain yang dikenali sebagai Ibrahim Ali berkata dia juga tidak mengenali suspek dan bukan bekerja di kilang yang sama dengan lelaki berkenaan.

“Saya tidak kenal suspek, macam mana dikatakan kami membulinya, orang kampung tahu keadaan kami dan mereka faham tetapi bagi orang luar mereka akan tuduh kami pembuli,” katanya.

Siap Ada Netizen Tag Nama Anak Dakwa Pembuli

Malah, anak perempuan Ibrahim, Husna Shafinie Ibrahim turut menerima kesan apabila setiap hari ada sahaja rakan media sosial ‘tag’ nama dengan mengatakan mereka adalah pembuli.

“Sakit hati bila baca komen-komen yang tidak berhati perut, mencaci, saya kecewa kerana ia membabitkan maruah keluarga kami.

“Saya harap orang luar hentikan cemuhan kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap suspek, jangan sebabkan dia, kami pula tertekan,” jelasnya.

Suspek Pernah Mengadu Dipukul, Ada Yang Pernah Tolong Nasihatkan Pembuli Hentikan Perbuatan

Dalam pada itu, seorang bekas pekerja kilang getah yang dikenali sebagai Mazlan Saad@Abu Bakar berkata suspek pernah mengadu kepadanya sering dipukul di tempat kerja.

“Dia seorang yang lurus dan sangat rajin bekerja namun saya tak nafikan dia pernah mengadu dipukul di tempat kerja satu ketika dulu.

“Saya pernah pergi jumpa orang (pekerja) yang buat itu, (supaya) jangan buat dia (suspek) lagi kerana dia orang kampung saya,” kongsinya. Malah, masalah itu juga dapat diselesai dengan cara baik.

Penduduk Pelik Dituduh Pembuli Sedangkan Baik Dengan Suspek

Sama seperti penduduk lain, Mazlan turut meluahkan rasa hairan apabila dituduh sebagai pembuli sedangkan hubungan dia dengan suspek baik malah pernah membantunya.

“Dia panggil saya Abang Lan, kami memang tiada masalah di tempat kerja, namun saya berhenti kerja enam tahun lalu sebelum difahamkan dia juga berhenti kerja dua tahun lalu.

“Suspek memang ada masalah lembam tapi tak sangka dia boleh buat macam ni, kalau disebabkan dendam mustahil dia juga berdendam dengan saya kerana saya tak pernah buli dia, saya tolong dia adalah,” katanya lagi.

Dalam kejadian yang berlaku pada 24 Disember lalu, tiga buah motosikal serta sebahagian kecil rumah kedai milik ibu bapa Mazlan turut terbakar.

Untuk info, suspek yang berusia 23 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 malam Isnin (20 Januari) lalu kerana dipercayai terlibat dengan sembilan kes khianat api.

Suspek kini sedang direman sehingga 25 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.