
Kerajaan Umum Tol 50% Diskaun Sempena Tahun Baharu Cina Ini
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi diskaun tol 50% itu diberikan kepada semua kenderaan Kelas 1 (persendirian) bermula 27 hingga 28 Januari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan tiada lagi pemberian tol percuma bersempena dengan musim perayaan pada tahun ini.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ia telah diputuskan pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada tahun lalu (2024).
Susulan itu, ujarnya kemudahan itu akan digantikan dengan pendekatan yang lebih bersasar.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Musim Perayaan Bermula 2025
Pengurangan 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina 2025
Terbaharu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan potongan diskaun tol sebanyak 50% bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang bakal tiba tidak lama lagi.
Diskaun tersebut akan diberikan kepada jenis kenderaan Kelas 1 (persendirian) bermula 27 sehingga 28 Januari.
Jelas Alexander, potongan diskaun terbabit akan dilakukan pada jam 12.01 tengah malam pada 27 Januari (Isnin) dan bakal berakhir pada keesokan harinya jam 11.59 malam bertarikh 28 Januari (Selasa).
Menurutnya peruntukan bayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terbabit dianggarkan sekitar RM20.08 juta.
Terdapat 3 tol yang tidak mendapat diskaun 50%
Kata menteri itu lagi, diskaun 50% itu juga sudah dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet pada hari ini (24 Januari) dan akan dijalankan di setiap plaza tol, kecuali di sempadan negara:
- Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
- Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
- Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
“Pengumuman saya sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024.
“Bagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50% sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 selaras dengan agenda Kerajaan Madani dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang didukung oleh kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
Diskaun yang diberikan adalah kesinambungan kepada bantuan tol yang diberikan kerajaan sejak 2023
Ujar beliau lagi, pemberian ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol yang diberikan oleh Kerajaan Madani sejak tahun 2023 untuk kempat-empat musim perayaan.
“Pemberian ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah sekian kalinya diberikan Kerajaan Madani bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.
“Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan Tol Percuma Musim Perayaan dari 2023 hingga 2024.”
Bukan hanya itu, beliau juga berharap agar pengguna jalan raya dapat memanfaatkan diskaun yang diberikan ini sebaiknya serta merancang perjalanan dengan baik untuk mengelakkan kesesakan sepanjang cuti ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: