fbpx
Now Reading
Polis Kesan Lelaki Tular Tampar Wanita Di Pusat Beli-Belah [Video]

Polis Kesan Lelaki Tular Tampar Wanita Di Pusat Beli-Belah [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, pihaknya telah merakam keterangan saksi kejadian dan dalam pada masa yang sama giat mengesan suspek dan mangsa (wanita yang ditampar).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Semalam (26 Januari), tular di media sosial video yang menunjukkan wanita ditampar oleh seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi video yang tular itu, lelaki berkenaan sambil memegang anaknya masuk ke premis tersebut sebelum terus menampar dan mengatakan sesuatu kepada wanita berkenaan sebaik melihatnya walaupun berada di khalayak ramai.

Wanita yang memegang plastik ditangan kirinya itu dilihat berkata sesuatu seolah-olah memberi penjelasan sebelum kemudiannya keluar dari premis terbabit.

Perbuatan lelaki itu yang tidak sengaja dirakam ketika sesi siaran langsung oleh seorang pengguna TikTok mula menjadi bualan hingga ramai mengecam mahu pihak berkuasa mengambil tindakan.

Tidak kurang ada juga yang menzahirkan rasa simpati dengan nasib wanita tersebut apatah lagi perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan di hadapan anak serta orang ramai.

Tonton video penuh di sini.

Polis Terima Laporan Daripada Adik Wanita

Terbaharu, polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam video tular yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah yang terletak di Kota Warisan, Sepang, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video tersebut.

“Pengadu adalah adik kepada mangsa yang mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul adalah kakak kandungnya berusia 35 tahun.

“Manakala, lelaki yang memukul mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang juga suami kepada wanita itu,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Kes Disiasat Mengikut Di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

Malah, Norhizam turut menjelaskan pihaknya telah merakam keterangan saksi kejadian dan dalam pada masa yang sama giat mengesan suspek dan mangsa.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533,” katanya.

Terdahulu, video rakaman live tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok @smrmotorsport yang kebetulan pada ketika itu berada di lokasi kejadian.

Malah menerusi video berasingan, pengguna berkenaan turut berkongsikan dia telahpun berada di hadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang sebagai cara untuk membantu mangsa.

@smrmotorsport

Replying to @laksameee🇲🇾🇵🇸☁️🙏☁️ Alhamdulillah, done our part. Semoga dapat membantu mangsa dan terima kasih semua❤️💪🏻 #viral #kitasayangkita #fypage #fyp

♬ suara asli – Dj Danvata – Dj Danvata

Info Berkaitan Kes Keganasan Rumah Tangga

Untuk info, sekiranya anda merupakan salah seorang mangsa atau mahu melaporkan kes keganasan rumah tangga, anda boleh melaporkan kejadian di:

  • Balai polis berhampiran atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan yang berhampiran
  • Hubungi Talian Kasih 15999
  • Rujuk ke hospital berhampiran sekiranya dicederakan

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes ini, anda boleh layari portal Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Baca Artikel Berkaitan: Selangor Catat Kes Keganasan Rumah Tangga Tertinggi

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Pukul Isteri Dengan Helmet Dipenjara 15 Bulan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Pukul Isteri Selepas Kantoi Curang Di Hotel Mengaku Tidak Bersalah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.