
Polis Masih Tunggu Arahan Lanjut Berhubung Kes Anak Menteri Ugut Wanita – KP Pulau Pinang
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan kes anak menteri Kabinet didakwa ugut wanita itu dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram kes membabitkan anak seorang menteri Kabinet yang dilaporkan mengugut seorang wanita hamil yang memintanya bertanggungjawab
Insiden itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita berkenaan dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember 2024.
Pihak polis kemudiannya mengesahkan kertas siasatan membabitkan kes berkenaan telah lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Polis masih menunggu arahan TPR
Terbaharu, polis memaklumkan pihaknya masih menunggu arahan daripada pejabat TPR berhubung kes berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan kes dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
“Kertas siasatan (kes) itu kita sudah serahkan kepada pejabat TPR untuk sebarang ulasan dan tindakan lanjut,” katanya ringkas dipetik Harian Metro.
KPN sahkan sijil nikah anak menteri kabinet sah, kahwin di negara jiran
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan sijil nikah anak menteri Kabinet itu adalah sah dan mereka telah berkahwin di negara jiran pada bulan September 2024.
Menurut Razarudin, sijil nikah yang disemak itu adalah sah dari negara jiran di mana hasil siasatan mendapati mereka sedang bercinta dan ingin berkahwin namun ada halangan.
Jelasnya, mereka sebenarnya menyorok perkahwinan itu yang berlaku pada September tahun lalu dan rakan sendiri tidak mengetahuinya.
Razarudin juga memaklumkan bahawa tindakan yang dilakukan ini menunjukkan polis tidak pernah berkompromo atau melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.
Berkongsi lanjut, beliau berkata kes ini dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Anak Menteri Ugut Wanita, Kes Dirujuk Timbalan Pendakwa Raya – KPN
Baca Artikel Berkaitan: Kes Ugut Wanita: Sijil Nikah Anak Menteri Kabinet Sah – KPN